Thursday, December 31, 2009

bye bye 2009

bye bye 2009.

I ingat untuk buat pengakhiran 2009, I nak pergi makan snickers. Tak tau kenapa tgh craving for snickers. Lepas tu, I pergi ajak my mum pergi kedai, dia tak nak. Nak bawak kereta dia,dia tak kasi. So, tak jadilah nak buat pengakhiran 2009 dengan makan snickers. Yang penting, besok I nak pergi 7e nak beli snickers. Dah lama tak makan snickers. Snickers dengan Mars,I prefer Snickers. Rase macam nak call Ewan suruh beli snickers. Banyak betul perkataan snickers, tu maknanya I mmg teringin nak makan Snickers.

2009 sangat best kan? eh yeke? Every year macam sama je, ade ups and downs. so, 2010, harap harap will be much much better.

well, Hello 2010.

Wednesday, December 30, 2009

Part 6 yaww :D

I tak tahu kenapa I macam semangat nak balik Arau. Pelik pelik. And I macam dah nak start packing. Ni lagi pelik. Maybe sebab ni the last sem yang I akan spend dekat Arau kot. I hope so. I baru je buat activity mengutip duit syiling, so that I boleh shopping guna duit syiling yang I kutip tu. eh tak tak. duit syiling ni supaya senang nak beli air gedegang dekat kolej nanti.

And ade satu box ni PENUH DENGAN DUIT SYILING. time tu mata I dah macam time kalau orang jumpa harta karun tu. Of course lah I amik semuanya. TAKE IT ALLLL *bunyi orang yang tamak. tengah I dok syok kutip duit tu, my mum masuk bilik.

A few hours later, I pergi bilik my mum. time tu harith pun ade sekali, harith cakap

"yannn, nak tau tak, dulu box harith ni penuh dengan duit syiling. now, it's empty, you know. takde ape ape, mak amik semua"

time tu, i dah menggelabah sikit.

and then my mum cakap

"ohhhh, mak amik untuk bayar parking dengan tol"

I dah macam nak tergelak lah, sebab my mum cakap macam tu. Padahal I yang ambik semuanya.time I amik pun, my mum siap nampak.

I pun berlakon lah sekali

"haaaa? mak amik duit syiling Harith? ish ish ish."

lepas tu I cepat cepat keluar dari bilik my mum. fuhhh, kalau I kena tangkap, sure kena dengan si Harith tu. You don't wanna mess with Harith.

ohoh. before I balik Arau, I kena make sure yang I update lagu lagu I. kalau tak, mmg I akan mati kebosanan. Kalau I dekat Arau tu, mmg jaranglah tau lagu lagu baru. And bila balik rumah, Gee selalu kata I macam kekampungan. gila jahat kan?

oh, sem break yang ni, i balik rumah, semangat nak suruh Gee dengar satu lagu ni. I cakap

"Geeeeee, yan ade lagu baru yang besttt,sumpah best gila"

pastu I suruh dia dengar

tadaaaaa

"6ixth sense, khatimah cinta"

pastu gee gelakk and kata "ni ke lagu best yan? tak nak dengar ahh. tengok penyanyi pun macam lame, dahlah tajuk gelabah"

but semua salah dining sebab selalu ade je lagu ni bila I pergi dining. tu yang ter in love tu. sampai I sanggup pergi bilik cik siti nak mintak lagu ni. ish, malu I.

Tuesday, December 29, 2009

She peminat setia Super Junior

I baru je baca latest post SHE yang suka super junior tu. click here kalau nak baca betapa gembiranya si she yang baru discover pasal Super Junior tu. And I memang gelaklah, sebab setahu I sejak dari sekolah lagi, kalau nak cerita pasal this korean thing, kena cerita dengan shafiyah sebab dia mmg fanatic gila nak mati. And bila I dapat tahu yang she suka super junior, tak ke pelik tu? btw shee, Big Bang is way way way cooler than Super Junior. and, okay. ni pengakuan yang agak malu lah. I ada lagu Super Junior dalam my MP3. I know, euwww. takpe, bakal di delete secepat yang mungkin. I mmg tak boleh percaya yang she suka SUPER JUNIOR yang muka mmg jambu lepas tu jerawat takde satu pun dekat muka dieorang. I tahu, lepas ni sure She akan bukak youtube lepas tu tgk videoclip super junior, and start download lagu dieorang. *pssst, she, lyana still tgh gelak sambil type post khas untuk she ni.

Dulu, kalau time time dekat sekolah. I selalulah cerita pasal korean thing dengan Shafiyah. Dia ni mmg peminat setia. Kalau macam ade cerita baru je, sure dia tahu sebab kalau Mak Shafiyah pergi Indon, sure akan borong cd cd. I pun tumpang pinjam sekali,tapi part tak best cuma subtitle dia je bahasa indon. Kira macam kurang feel lah.

Eh, tetibe pulak rindu nak pergi sekolah balik. part paling I rindu, time nak pergi recess. selalunya subject sejarah before recess, and I jarang dengarlah Puan Vasantha tu bercerita sebab I sibuk melukis makanan yang I nak makan time rehat nanti. nampak tak betapa cintanya I terhadap makanan.

ehh, dah lari tajuk ni. sebenarnya nak cerita pasal SHE si peminat Super Junior tu je. Okay, dah lah. nanti korang bukannya nak baca post yang panjang panjang. :)

Monday, December 28, 2009

nak jadi anak lelaki, boleh?

3 days in a row kiteorang lepak rumah our auntie yang duduk Puncak Perdana. It was AWESOMEEE. last night punya macam extra fun and funny sebab my mum dengan auntie berbincang and bersembang and then suddenly je bukak cerita pasal "ohh,sekarang nak keluar bahaya, banyak cases yang jadi"

I hate bila dieorang dah buka cerita pasal ni sebab nanti dieorang sure akan aim kami kami yang gedik nak sangat dengar dieorang bersembang. lepas tu cakap,

'haaaa, kamu orang jangan nak berani keluar malam malam, bahaya"

part yang tak tahan, oh kan gee and athira *cousin, dieorang ade "buah hati" *bak kata my nenek, lepas tu

my mum dengan auntie macam

"kamu janganlah selalu keluar, keluar sebulan sekali je."

time tu kiteorang dah macam,what theeee, sebulan sekali?

lepas tu Danial macam "haaa,sebulan sekali, kalau macam tu setahun, 12 kali je pergi dating"

lepas tu, my mum and auntie, dieorang rasa sebulan sekali macam byk kan, dieorang bagi idea

"ohhh, kalau macam tu, keluar dating setahun sekali je, itu pun bila buat family gathering"

kiteorang macam , gila ke ape our mum and auntie ni

"setahun sekali? dah macam RAYA lah pulak. raya kan setahun sekali. dating setahun sekali? sure kena dump dengan boyfriend.

ridiculous right? my mum and auntie punya idea.

lepas tu bukak cerita pasal danial pulak *cousin

dia punya fav word adalah "cuba bayangkan"

nanti kalau macam tengah lepak dengan dia, sure akan keluar "cuba bayangkan". Macam dia tanya Athira "cuba bayangkan kalau kahwin dengan David Beckham and then dapat 1 juta?" soalan macam ni lah fav dia.lepas tu kalau tak nak jawab, sure akan kena paksa jawab jugak sebab selagi dia tak dapat jawapan,he won't let you get away with it.

oh man, nanti nak keluar kena buat alasan apelah. sebab my mum sekarang tgh dalam "ohhh, sekarang bahaya, kamu jangan keluar, mak takut lahh, risau, nanti kalau ape ape jadi, sebab tu mak nak kamu duduk rumah je"

rimas kan? ni sampai bila bila pun tak boleh keluar kalau my mum fikir macam ni. baik jadi anak lelaki kalau macam ni, keluar sampai 3, 4 pagi pun tak kisah.

Friday, December 25, 2009

This ain’t all it’s cracked up to be

well well well, lagi beberapa hari I will say, hello 2010. and every year pun mesti gedik nak buat new year's resolution. ohh, benda yang every year pasti ade on my list adalah to lose weight. hahahahahaha. My room mate, Dekya terbalik dengan I. Dia nak gain weight. I guess that is life. Apa yang kita ada, kita taknak and ape yang kita takde that is what we hope for.

2009 is definitely a good year for me. I experienced a lot and maybe menjadi a little bit matang sikit. I am not in a good mood right now. I don't even know why. Anyway, my cousins are on their way to my house and I hope that they can lighten me up a little bit. maybe I nak ajak Danial and Athira bawak I jalan-jalan. That's why I love my cousins.

btw, Gee suruh I stop liking this "Ahmad Syaari". Oh, cik siti and She pun pernah suruh, but tulah i ni gila kot. So, bye bye bye bye bye bye Ahmad Syaari. I really really really like you a lot but you deserve someone better. I know, lame -__-".

btw, tadi Danial bawak I keluar and dia bersemangat cerita yang dia macam in love dengan pekerja kenny roggers. So, good luck Danial. Nasib baik dia tak baca blog I. Kalau dia baca, sure lah I kena dengan dia.

Today jugak macam ade family gathering. I loveeee family gathering. Cuma part budak budak berkeliaran, berlari lari je mcm, hmmm you know. Sangat sangat penat today. The part where kena cuci pinggan mangkuk dengan berbaju kurung. thank goodness I ade phone I yang ada satu je lagu tu, at least basuh pinggan, fun lah jugak. oh, today tak ada mood nak tangkap gambar.

Luke Wilson tu pelakon CSI ke?

I think Gee ade problem with her eyes. Gee, Deena and I tengah tengok cerita Vacancy dekat Cinemax. Lepas tu, pelakon dia yang Luke Wilson tu. And then, I tanya

"ehh, dia pernah belakon cerita ape lagi ha?"

gee kata

"CSI kan?"

pastu I macam. Mana ade. CSI yang mana?

"CSI Las Vegas lahhh"

and Deena dgn I satu team, sebab kiteorang dua dua rasa yang dia bukan pelakon CSI.

AND GEE still tak nak mengaku kalah

dia kata

"omg, dia mmg pelakon CSI lahhh, kalau tak caya cepat google"

and I pun semangat nak google sebab nak buktikan dekat Gee yang dia salah. AND SHE IS DEFINITELY WRONGGGGGGGGG. and ade ke dia terconfuse Luke Wilson dengan siape ntah pelakon CSI tu.

inikan Luke Wilson kan?


Gee confident yang dia ni Luke Wilson.

Gee ni terover confident sangat and ade hati nak lawan kiteorang yang mmg pakar bab pelakon CSI. ayat gee yang paling I suka bila dia kata "OMGGG, DIA MMG PELAKON CSI LAH, KORANG TAK PERCAYA CEPAT GOOGLE"

btw, I sekarang tengah sedih sebab gee kata JUSTIN BIEBER tu GAYYYY. :(

why justin whyyyyyyy? tell me whyyyyyy.


Thursday, December 24, 2009

It’s never as easy as we believe

Yesterday, my mum kata yang nenek,datuk, paksu, maksu and cousins nak datang. So, konon konon I nak bangun awal lah nak kemas rumah and settle the bibik stuff. ehem, I set my alarm clock pukul 9 pagi, lepas tu seperti biasa, time alarm clock dah bunyi, i tambah lagi 1 hour and dah pukul 10 I pergi tambah lagi 1 hour, lepas tu faham faham je lah. I off teruslah alarm clock I. ceh, baik tak payah set alarm. I terjaga pun sebab cik siti message I sebab nak menceritakan masalah yang menimpa dia. Kira macam cik sitilah alarm clock I hari ni.

And, kan I share bilik dengan gee. oh btw, i bagi new nickname ntuk gee iaitu ROZIE. HAHAHA. I suka gila bagi nickname dekat orang. Bila I panggil gee ROZIE, dia macam buat muka. Bilik kiteorang bersepah gila. Pening bila tengok maybe sebab banyak sangat junk dalam bilik tu.

OHH, my mum semalam dah pesan suruh angkut pasu ape ntah. Dahlah pasu tu gedabak. So, I malas nak angkat lagi. Gee dekat sebelah I tengah khusyuk tengok Keeping Up with the Kardashians marathon. Kejap lagi, maybe I nak suruh dia je angkut pasu tu. Plan I nak kata kat dia

"Geeeee, semalam mak suruh gee angkat pasu kat depan tu, mak kata sebelum mak balik dia nak tengok dah settle. and mak suruh sapu dekat luar"

Maybe plan I ni akan berjaya. I kena pastikan dia tak baca blog I lah.

Okay, I dah suruh dah. but plan I nampaknya gagal. sebab gee kata

"Gee sorang ke kena angkat?, takde. yan kena angkat sekali"

Cehh, i paling malas bab angkat pasu. Sebenarnya, ape ape bab gardening I tak suka. I don't know why. Tapi Gee macam suka jugaklah. Dia perasan dia macam Jesse Metcalfe dalam Desperate Housewives.

Kenapa post I ni panjang sangat ni? btw, I rindu nak hangout dengan rakan rakan I. Tadi, hafizah ajak keluar. tapi I kan tak dapat gaji lagi. so, takde duit. plus, nenek I dari Kedah kan nak datang.

Ohh, I rindulah nak hangout. Zahrah Farida, I tak sabar nak hangout dengan you juga. Kita kena keluar sama sama before liyana balik Perlis. And I rasa bersyukur gila ada rakan rakan begini. Dahlah kalau keluar, siap amik and hantar I balik. best best. Aren't they the sweetest?


















OH, i mengidam lagi nak makan ice cream sundae cornetto mcd. Sorry, mcflurry oreo, you are not my number 1 anymore.

Wednesday, December 23, 2009

Bang Bang Bank

Today, I teman my mum pergi bank untuk settlekan something. Gee dengan Harith pun ikut sekali. My oh my Gee ni dari sampai bank sampailah balik rumah kerja dia dok period pain and then asyik pergi toilet. Lepas tu muntah muntah.

Dah dua bank kiteorang pergi, nasib baiklah Harith merayu-rayu nak pergi makan. Lepas makan, my mum nak sambung pergi bank lain pulak. I macam

"taknak ikut boleh tak?"

lepas tu my mum suruh bawak Harith sekali. Gee seperti biasa dia kena stay dekat toilet. So, I jelah jalan-jalan dengan Harith. And then dia heret I pergi kedai game. boo-oo-ringgg. Dia excited betul. I duduk dekat kerusi tunggu dia pilih game. Lepas tu macam terfikir. Best sangat ke main game ni? I tak suka sangat main game. Tak tau kenapa. Game yang paling I suka pun yang "Lose your Marbles" tu. hahahaha. I knowww, gila kuno dah game tu. tapi, game tu je I rase I terror.

Bosan sangat tunggu my mum, I bawak Harith tengok baju kurung. HAHAHHAAH. kesian betul dia. terseksa. I macam

"Harithhh, cantik kan baju kurung ni?"

"macam pyjamas jeee"

pastu dia tarik I ajak pergi tempat lain.



Dalam kereta, on the way nak balik rumah. mcm dah tak sabar nak sampai rumah sebab nak cabut tudung and then nak tukar baju gedabak. muka dah I dahlah mcm berminyak gila.






Anak tak kesayangan kena duduk belakang. Cuba teka siapa dapat duduk depan? Sila lihat gambar di bawah.

Ohh, kawan kawan I selalu tanya kenapa dengan kening I. btw, I dapat scar dekat kening tu time 5 tahun. Cerita dia macam, I nak masuk kereta, time tu kan pendek*eh, sekarang pun still pendek. Deena my sister nak tutup pintu pastu mcm terkena kening I. Disebabkan I degil tak nak jahit. uihhh, takut gila time doktor tu nak jahit, doktor tu siap tayang jarum and sampai sekarang I trauma. So, i mmg tak sanggup nak kena jahit. Tadaaaa, scar tu sampai sekarang ade. And mak I selalu kata I ade 3 kening. cool ape kan? hahahaha

Tuesday, December 22, 2009

New blogger in the house

okay, today I dapat satu berita. Freaky gila. Harith, my brother, dia dah buat blog. BLOG, okayyy. and I'm gonna die of embarrassment if he writes anything that is going to humiliate me. and guess what, the purpose of why he wanted to create a blog is because he is going to tell the whole world on how to GET RID OF HIS SISTERS. oh, mannn. I am going to be nice to him. Nice? macam weird je. And dia punya title blog adalah "Sister Exterminator". freaky freaky.

Lepas ni, I akan jaga tingkah laku I. Oh mannn.

pergilah baca blog Harith if you guys nak get rid of your sisters.

Monday, December 21, 2009

New Perspective

today, I rasa lonely. sebab semua orang takde.

Let me see.

My mum - pergi kerja pukul 7 pagi
Deena - rasanya pergi kerja pukul 8 pagi * sebab tak bangun lagi, so tak sure
Ewan - pergi kerja pukul 1 petang
Gee - went out with Ridhwan and tak nak bawak I. I dah merayu rayu suruh bawak I, tapi
Gee kata I tak boleh ikut dia. eh tak, tipu je.
Harith - keluar dengan Abah

see, semua pun keluar tinggalkan I seorang je dekat rumah ni. eh lupaa, i ade fluffy and kaizer. but dieorang sombong. bila I kasi makanan je dieorang mcm baik. and sekarang dah pukul 3.17 petang, I still tak pergi mandi lagi. bukannya ade orang pun, so kalau tak mandi pun tak mengapa. maybe tak payah mandi satu hari, jimat air.

and yesterday, deena gee and I tengok cerita Paku Kuntilanak. ingat tak, I pernah kata yang Ewan suka beli cerita crap? Paku Kuntilanak takdelah teruk mane pun. agak lawak la. even I yang penakut nak mati ni pun boleh tergelak tengok hantu dia. Lepas tu, Ewan beli cerita Gamer dengan Saw VI, gamer i dah tengok. saw belum lagi. kejap lagi nak pergi tengoklah. but tengok sorang sorang mcm tak best.

kalau I bosan sangat today, maybe petang nanti i patut tidur balik.

oh sekarang bila mengemas, lagu favourite I adalah

A Cursive Memory- The Piano Song * lagu dari phone gee jugak

I selalunya akan dengar satu lagu tu sampai bosan, and barulah tukar lagu lain.

oh, sekarang I tengak tengok MTV kan yang ade Asian Takeaway. and I tak paham kenapa kalau lagu Melayu lepas tu dia buat videoclip dalam hujan. I rase mcm geli. hahahah. hujan dia macam fake gila. Macam air yang time kita nak siram pokok, pastu dia simbah and then dieorang menyanyi. pastu baju macam melekat dekat badan. euwww. Boleh bayangkan tak?

Okay. bye bye. I bosan, cerita I pun bosan.

Friday, December 18, 2009

Yan yan yanny yan

Hi, this is Gee writing on Kak yan's blog.
Kak Yan tgh dekat toilet, memandangkan Yan tgh sakit perut, so lama sikit dia dalam toilet

AAAAnd, since i know her password, so here goes. HEHEHHE BE VEEERY AFRAID YAN

Yan, yan. mhm if you wanna know more about her, please do read this.

Yan ni dia suka minum sirap. Dia suka makan ice cream mcd ( tgk lah badan dia mcm mana. hahaha) Yan ni dia suka sorang lelaki ni, tapi di sebabkan dia pemalu, dia takreti nak buat move. hehe. So, ahmad Shaari (bukan nama sebenar) , if youre reading this, Yan likes you. She's obsessed. :\
Yan ni kalau nak keluar dgn kawan mesti nak tanya outfit apa nak pakai. Padehal kadang kadang pakai baju sama je, tukar tudung je. hahaha.

I tak tahu lah kenapa, tp i suka ikut yan :|
She's like my idol ke apetah. Dulu time kecik kecik dia ada pernah suka sorang lelaki ni, nama dia Ramli (bukan nama sebenar). tak tahu la korang kenal ke tak, tapi dulu lah. Ceh mmg la tk kenal dah cakap bkn nama sebenar -_- Lepastu ramli ni ketua kadet bomba. then i join kadet bomba, dia ajar kawat, i terus tergoda sebab dia ada dimples eventhough muka dia tkdelah comel mana, tp dh ada dimples, i tergoda lah. Lepastu ktrg share la minat yang sama, which was, Ramli

Lepastu semua benda ktrg suka mesti sama. So, ktrg ada pencil box sama, pencil tekan sama, tudung pun sama (ok tak, tudung share je. haha) lepastu kalau yan nak turun bawah pegi dapur je mesti i suka ikut dia, sebab yan reti masak, so suruh la dia masak untuk i. Yan ni ehem ehem, baik sangat. omgaaaad dia suka dengar cakap i, kalau i ckp tu, dia akan buat tu. Tu yang best tu. Yan ni muka dia mcm chipmunk sikit, mungkin sbb pipi dia tembam kot (ceh tak sedar diri) Yan ni selalu gang dengan i. Ktrg ada club, 'anti Harith' tapi i president, dia vice president. hehe.

okay she's done w her 'business'

im gonna post this now :D

Gimme my nasik ayaaaam!!

Today my mum cuti. Tapi my mum ni macam unik sikit, DIA SUKA SGT DUDUK RUMAH. hahaha. Okla, tk kisahla tu kan. Tapi tahu tak, semalam dia janji nak masak nasik ayam. Harini, bangun bangun pelik sekejap, kenapa bau macam kari ayam weeey?!! Lepastu i dengan gee konon konon nak merajuk la, taknak makan la kan nasik KARI ayam tu. Tapi Gee ni bila nak merajuk dia mcm susah sikit bab makanan, lagi lagi dia ni hantu ayam. Gee ni semangat lah ajak i turun makan. I pun masa my mum tengah sembahyang ambik nasik sorok sorok. haha. Dahla konon nak merajuk, Gee ni ambik nasik, mak aihh. Macam nak suap 5 anak.

Lepastu ni lagi sedih. Dahla tak dapat makan nasik ayam kan, tgk tgk, si polan A ni belikan KFC utk si polan B ni. oh polan A tu mak i lah. polan B ni harith la.

Kempunan mak kempunan!!!!!!!!!!!!!!!
(tanda seru tu cukup menunjukkan yang i tgh bengang)
ok tak cukup lagi
!!!!!!

Batu belah batu betangkup, telanlah aku wahai batu sakti.

Yang si polan B ni, lepas makan kfc tbe tbe dia tegur i dekat fb. Ingatkan dia dekat mana la, tgk tgk dh lesap pegi rumah kawan dia.

Wednesday, December 16, 2009

medley in love. haha

SHE, tahniah kerana blog dah tak private. yeahhh, senang sikit nak baca. WEEN, HAHAHAHAHA. thank you lah sebab post blog khas untuk liyana. and quiz Facebook memang tipu. :D

PIANO MEDLEY. 8 SONGS IN 2 MINUTES.

1. Straylight Run - Existentalism On Prom Night
2. The Red Jumpsuit Apparatus - Cat and Mouse
3. The Cab - Vegas Skies
4. 3OH!3 - Don't Trust Me
5. The All American Rejects - It Ends Tonight
6. One Republic - Apologize
7. Green Day - 21 Guns
8. Rihanna - Unfaithful


Do watch.
P/s : Sorry dh try banyak kali tp tk dpt nak rotate

:)

video

Tuesday, December 15, 2009

Happy 10th birthday, Harith Hakimi

Harith punya birthday on 10th december but kiteorang decided untuk celebrate on 13th sebab kan sunday, senang sikit nak invite people. mula mula just nak masak simple but then, ewan *my brother, dia kata "jom kita buat bbq". of course lah kalau buat bbq lagi best, barulah happening.


inilah bbq crew. dieorang masak, kiteorang hanya makan. best kan? tak payah nak berpeluh peluh.





muka she dengan shafiyah macam muka yang tak berselera nak makan dah. haha. maybe sebab makan lamb dengan ayam banyak sangat kot.




I tak tau aksi ape yang cuba kami lakukan ni. semua salah shafiyah, sebab kiteorang tak ready lagi






dona nak hantar boyfriend gee dekat komuter subang. i pun sibuk sibuk nak ikut. reason sebab ape i nak ikut adalah sebab i tak nak mengemas. HAHAHAHAHAHA. jahat gila ni. time tu dah pukul 9.45. pastu dona tanya

"ehhh, train still ade ke time time ni"

andddddd, dona pun decided untuk hantar Ridhwan balik. Rumah Ridhwan dekat Bangi. so, i lagi lah suka sebab boleh duduk lama dalam kereta. and tak tau lah kenapa dengan telinga si dona ni. pekak sikit kot bila time time malam. bila macam Ridhwan kata

"dekat junction tu turn left"

nanti dona macam

"haaaaa, apeeee? i dekat sebelah dia pun boleh dengar ape Ridhwan tu cakap.

and ade satu time ni Ridhwan kata

"dekat T-JUNTION tu turn left"

ade ke si dona ni kata

"haaaaa? dekat cacing tu, turn left?"

seee, betapa seriousnya pendengaran Dona ni. T- JUNCTION dengan cacing macam jauh beza gila kot.

harith macam malu gila bila time everybody nyanyi "Happy Birthday song" untuk dia. muka dia macam blushing sangat sangat. tak pernah tengok Harith macam ni.

balik dari hantar Ridhwan,

i lepak tengok cerita ape ntah. and i tanya harith

"happy tak todaaaay?"

harith jawablah "happyyyy"

"happy mcm mane happy? happy mcm super duper happy ke?"

'i am veryyyyyyyyyyy happpppppppppyyyyyyyy"

lepas tu harith sambung

"i'm happy not because of the presents, its because of the friends and family that came to my partyyyyy"

i macammmmm dalam hati "sweeeeettttttt gilaaaaa"

and lepas tu i lari lari nak pergi bilik dona nak cerita ape yang harith cakap

lepas tu dia macam

"noooooo, jangan nak cerita" *sambil try nak cekik i.

tapi I cerita jugakkk dekat dona.

I pun happy macam Harith jugak. Besttttt and dapat makan banyak and rakan rakan I yang sangat kelakar. :D

Friday, December 11, 2009

double A

I DISCOVERED something yesterday. something which was devastating. -__- . sedih betul. ni lah padahnya bila suka sangat "the stalking thing"

semalam i dapat result. well, i punya result lebih kurang the previous semester, drop by 0.01 and beza result i dengan my sister, azihanie pun 0.01 and CGPA i pun drop 0.01. i think 0.01 is my lucky number.

ohoh, yesterdaayyyy, i played a song on the piano. just main tekan tekan and konon konon tu lagu yang i compose. lepas tu, i suruh my sister gee.

"geeeeee, cuba teka lagu ape yang yan main"

lepas tuuuuuu, gee kataaaaaaa

"entah, tak pernah dengar, tapi bunyi macam lagu untuk cerita twilightttt kottt"

tak sangka lagu ciptaan i dia kata lagu twilight. so, maknanya lagu tu sedapp. mungkin i boleh jadi composer. *berangan je lebih

pastu i katalahhh

"takkkkk, tu lagu yang yan buattt, sedap kannn?"

pastu dia macam buat muka

and todaayyyy, i main lah "lagu ciptaan i" dekat my sister dona

"donaaaa,cuba dengar lagu ape yang yan main ni"

ANDDDDD, I ingat dia nak kata sedappp, but dia kata

"LAGU THREE BLIND MICE KOTTTTT"

cehhhh, penat je i compose lagu tu. mcm three blind mice? so, tak jadilah impian i nak jadi composer.

Thursday, December 10, 2009

I have no idea

2 days before, my sister, dona dia online

"yannnnn, lagu baru ape yang best? nak search dekat you tube"

pastu i mcm fikir sekejap

"ehhh, deena dah tgk belum videoclip 50 cent dengan Ne-yo tu?"

and deena macam

"ehhhh,dah ade ke?"

and then dia excited gila nak tengok kan. sampai ulang berapa kali pun tak tau lah.

and the next daaaaaaayyyy, dia balik je kerja. time tu i tengah lepak bilik my brother tengok cerita The Proposal. Deena mcm

"yannnnn,cuba teka deena ada lagu baru ape?, cepatlah tekaaaaaaa. "

i macam malas nak layan sebab tengah concentrate tengok cerita. Lepas tu Deena macam, dia yang jawab sendiri.

annnnnnnnndddddd, dia kataaaa

"deena ade lagu baby by meeeeeeee" *i tak excited langsung sebab bukannya i minat 50 cent pun.

pastu deena siap raaaappp *siap melayang layang tangan nak buat gaya orang tengah rap.

Have a baby
Have a baby by me, baby! Be a millionaire
Have a baby by me, baby! Be a millionaire
Have a baby by me, baby! Be a millionaire

pastu asyik ulang "baby by me, baby by me". i tak taulah kenapa dia obsess sangat dengan lagu lagu 50 cent. euwwwwwwww.

oh terlupaaaaaa. HARITH HAKIMIIIIIIIII, HAPPY 10th BIRTHDAYYYYY. harith excited gila nak celebrate birthday dia ni. i think dia nak buat partaaaaayyyyy. dia keluar dengan our dad today, and mmg confirm lah bila dia balik nanti, dia nak tunjuk tunjuk hadiah yang dia dapat. part ni i jealous sebab selalunya ape yang dia nak sure dapat. bukan seperti kami yang lain, yang bukan anak kesayangan seperti harith. Sedihnya. NOT. hhaha.

Haha nak tahu tak. Kitorang kan tkde maid. So, i la buat all the bibik stuff. hehe. Tadi ewan call. 1 je sebab dia akan call i. which is, bila nak iron baju kerja dia. haha. Seperti biasa bila ewan call je i malas nak angkat, tp i angkat la jugak. haha. tp td bila dia call i buat buat saje tak dgr

ewan : Hello
I : HELLO? HELLO? TAK DENGAR LAH
ewan : Hello hello? dengar tak ni?
I : tak dengar

haha kantoi sikit di situ

ewan : jangan nak buat buat tak dengar laa. hahaha
I : tak buat buat, memang tak dengar

HAHA GILA KANTOI

Lepastu, dialog biasa dia,

ewan : Esok kerja pagi. Boleh tolong ironkan tak?
I : Ye -_-

(Sorry asyik cerita pasal family. I memang tkde life duduk rumah hari hari)

Wednesday, December 9, 2009

hubba hubba

Lately bila mengemas rumah i suka pinjam phone gee sebab phone dia ada lagu kan. I punya phone cikai, memory boleh muat satu lagu Jay Sean je -___-" haih. Phone i cikai tak payah cakap la. Kalau nak self shot je hidung ke mata ke macam takde beza. Serious! Diorang semua pn suka kutuk phone i, bila nak tangkap gambar mesti diorg macam,

"eh jom tangkap guna camera phone yan" lpstu diorg gelak gelak
cis cis, barbie betul

Lepastu sekarang macam jatuh cinta dkt lagu dalam phone gee ni,
travis- love will come through

lepastu i tanya lah si gee ni. eh siapa menyanyi lagu ni ( padehal obvious gila dh tulis dkt situ saje gedik nak tanya. haha)

Lepastu Gee ni seperti biasalah, mula daaah
"oh tu kan lagu Ridhwan kasi dekat Gee"
"comel kaaan kaaan"

I pun mcm, mhhmmm comel la jugak

ceh padehal memang comel sangat pun lagu ni. Lyrics dia sangat ooh la la. Kejap nak copy paste lyric dia jap. haha

So take me don't leave me
Take me don't leave me
Baby, love will come through it's just waiting for you


comel tak?!!! cop lepas gee break dengan ridhwan yan nak dia. ok tak tipu je

Gee ni macam obsess semacam dgn boyfriend dia. Ada ke bear mr. bean tu dia pegi conteng huruf R. lpstu gambar ridhwan dia siap letak dalam frame. DAH LA KITORANG SHARE BILIK. terpaksa tgk muka ridhwan tu hari hari-________-
tapi takpe nasib comel. haha

Ohhh nak tahu taaaak, setelah 26tahun ewan hidup, harini baru dia rasa maggie ruski. Loser tak loser tak? haha

Oh semalam nak tahu taaak? Semalam i, gee, dengan harith terpaksa tido sekatil. dahlah katil queen. tido dgn dua orang gemuk pulak. (yang gemuk tu gee dgn harith, harap maklum. haha) ayoyo diorg tido, punya lah buas. Dahlah i kena tido tengah. Dahla i dapat bantal pun setengah. Si harith ni tido atas selimut. Sumpah sesak nafas macam bau nafas Harith kalau tak gosok gigi. ceh harith gosok gigi ke tak mcm sama je bau. haha. lepastu yang sorang terkangkang, yang sorang lagi sibuk nak dakap i. RIMAAAAS I NYAAAH. Lepastu sebab tido tak selesa harini i bangun awal. ceh tak awal mana lah, pukul 12. (selalunya pukul 1. haha)


i'm gonna stop trying.

yesterday, ewan off day so dia angkut kiteorang pergi lunch dalam pukul 3. pukul 3 still lunch time kan? i think so. mula mula harith nak makan fast food. but gee and i macam

"nooooooooooooooooo, tak nak fast foooddddddddd"

so, kiteorang ajak ewan pergi makan dekat kopitiam. and i ingat i kuat makan. rupa rupanya gee lebih extravaganza daripada i. kan kiteorang makan asam laksa, and then ambik harith punya roti sikit, dahlah dia order maaak aihhh, siap order float. mentang mentang orang belanja.

lepas tu gee cakap

"yannnn, jom kite order roti nakkk? takpe, ewan bayar. nak tak?"

i macam dah kenyang. so, i katalah yang i tak nak.

lepas tu, ewan tetibe cakap

"asal makan kopitiam je, sakit perut"

pastu i dengan gee macam *look at each other

"duhhhh, mmg lah sakit perut. dah minum air tu."

ewan mcm

"korang tunggu siniiii, nak pergi toilet jap"

while waiting for ewan yang lama gila pergi toilet







time ni. sumpah rakus gila. "ehh, makanan ewan tuuu, gee nakkk" oh my, gila berseleraaaaa.


and time gee and i jalan sama sama kan.dia mcm goda i.

"yannnn,jom kita makan waffle nakkk? sedap tau waffle kat sini. gee dulu kalau lepas time futsal mesti nak beli waffle dia"

and i macam dalam dilemma

and last last i tergoda juga. lepas tu, dalam kereta, kiteorang dua mcm pening sebab mcm terlebih makan.

later that night, shafiyah kata yang plan nak tgk ninja assasin jadi. so, i macam excited. and ada ween, hafizah,shafiyah and cousin yah. sangat sangat fun. :D oh lepas tu, mcm terpegun tengok rain. dia sangat sangat A- MAAZINNNNGGGGGGGGG.

today, my mum baru je balik from China and and, my oh my. dia dah start routine harian dia dahhhh.nag nag nag. sampai harith tulis dalam journal dia, nickname untuk our mum adalah NAGATRON, sebab suka nag. gee and i macam takut gila bila our mum ketuk pintu bilik kiteorang. my oh my. nak gelak dekat gee jap. dah lah tadi dia tgh on the phone dengan ridhwan.

lepas tuuuuuu, my mum ketuk pintu

fuhhhh, lemah semangat and gee kena paksa sapu dekat luarrrrrrr. gee kata dekat my mum.

"kejap kejap, petang nanti lah gee buat"

"BUATTT SEKARANGGGGG" * lepas tu my mum sambung ceramah dia.

"yelahhhhhhhhhhh" *gee yang dengan muka terpaksa

i terselamattt. tak sangka. tapi, i bet. kejap lagi i pasti kena panggil. so, i kena buat buat belakon tengah mengemas. tactic yang paling berkesan untuk di elak daripada kena nag.

okayy, nak kena start buat buat mengemas.

Sunday, December 6, 2009

i miss you. :D

i tak sangka keluar dengan my cousins was this fun. adventure jugak . disebabkan semua pun "kurang berduit" and konon konon nak save money, kiteorang decide nak makan tempat murah je. last last dalam kereta, *semua pun of course fikir pasal makanan, decide makan dekat mamak je. my mum pergi china and sampai hati gila dia tak tinggalkan duit. so, kalau nak keluar, kenalah pergi mintak dekat dona or ewan.

driver of the day. dia perasan kata "tia bawak kereta macam racecar driver sebab guna dua kaki" what the? dia ni mmg gila perasan pun. HAHAHAHAH

makan nasi mamak mmg nikmat gila bila time time kelaparan.

and lepas tu terus gerak sunway pyramid. and semua kan tak berduit, my cousin athira tu cakap

"kita tak payah tengok wayanglah, kita window shopping"

i mcm

"tak nakkkkkkkkkkk, jomlah kita tengok wayanggggggg"

sebab i tau,kalau window shopping and time kita tak berduitlah ade byk barang barang best yang akhirnya menyebabkan kekecewaan sebab tak dpt beli.







time ni kan. si athira ni cakap "ishhhh yan ni pendeklahhh". kurang hasam betul kan? cis cis. mempermainkan kependekan i ni.

pastu kan. tak tau nak tgk movie ape. pastu ternampak cerita "love happens" macam best.

so, kiteorang tengoklah cerita ni.

dalam wayang, betapa bestnyelah cerita ni, i siap boleh pilih popcorn yang kuning. yang putih i buang. mmg kencing manis lah lepas ni.

and athira cakap dekat i

"yannn, keluar wayang ni siaplahh" *pastu i gelak gelak dgr dia ckp ni

time keluar wayang kan

"uihhhh, siapalah yang nak sgt tengok cerita ni"

dieorang blame me sebab nak sangat tengok cerita ni. crap gila. pastu gee kata

"lebih baik gee duduk rumah tengok cerita High School Musical 3. " ntah ape ape lah gee ni.

and tak tau kenapa dgn nasib kiteorang yesterday, TAK BERNASIB BAIK LANGSUNG.

dahlah kena sound dengan gang ehem ehem, lepas tu ade psycho pulak tu. i tak tau mcm mane nak cerita, i think you should read here.

Saturday, December 5, 2009

Flu is killing me

semalam, kiteorang lepak tengok cerita "keeping up with the kardashian" sama sama. time tu ade my sister dona, harith, danial my cousin and i. semua pun bergelimpangan terkedang atas sofa. and tetibe harith cakap

"cey ceyy, danial nak bersama dengan kim kardashian lah tu"

my sister and i mcm pelik gila.

bersama? perkataan ape harith nak cuba sampaikan ni.

danial dah macam malu malu. lepas tu, kiteorang cakap

"bersama? *semua pun tgh fikir ape yang harith nak try cakap.

"harith nak cakap berasmara ke?"

and and, kiteorang semua gelak je time tu. ntah ape ape si harith ni.

and time harith dah sedar kesilapan dia, dia mcm ulang balik

"cey cey ceyyy, danial nak berasmara dengan kim kardashian"

*semua buat muka pelik. dah lah harith cakap perkataan berasmara tu mcm slang gila bajet tinggal dekat UK.

this whole week, i kena spend time dgn harith and danial. i knoww, loooserrr. and kalau tgk tv dengan dieorang ni. perghhhh bising gila, tambah tambah if dieorang dah tgk cerita tu. haritu, kiteorang 3 tengok cerita the perfect stranger. and 2 ekor ni, si danial and harith dah tengok and dah hafal. i mcm ingat ingat lupa. tgh tgk cerita ni, dieorang sibuk sibuk nak cerita dekat i ape jadi. dahlah cerita tu baru je start,dieorang dah nak cerita pasal ending.

paling pantang betul lahhh. and i tension gila sampai mcm

"diamlaaaah, tak payah lah cerita dekat yan"

lepas tu, harith cakap

"harith cakap dengan danial, bukan dgn yan"

cehhh, die cerita dekat danial, tapi i dekat sebelah je. of course lah boleh dgr sebijik bijik ape dia cakap.

i rase i marah byk kali jugaklah, but dia tak paham paham jugak. last last, i pergi masuk bilik sebab mood nak tgk tv dah hilang.

Wednesday, December 2, 2009

rise of gee fallen the sequel. what?

ingat tak post i yang "rise of gee fallen" tu? i belum decide lagi nak revenge ape. hahaha. gila pendendam ni. btw, i think you should read this. just click here.

Tuesday, December 1, 2009

typing my password in front of harith is a bad idea

oh mannn, this is scaryyyyyyyyyyyyyyyyy

harith dah tau password ym, facebook and myspace i

and and dia mcm ade buat something dekat account i, but i memang tak tau ape dia dah buat. so, if you guys dapat something yang weird, itu maknanya bukan dari i. harith mcm saje je nak psycho i and he is damn good dalam bab bab ni. seriously, takut gila. and he kept asking me questions yang pelik pelik. something fishy is going on here. stupiditato betul.

i nak pergi change my password kali ke berapa ntah ni . -____-