Thursday, August 27, 2009

kanak kanak ribena?

haritu kan i was craving for nasi kerabu, but nasi kerabu dia tak berapa mantap la. nasi kerabu dekat pasar tani shah alam depan makro tu lagi best ohh, eh makro dah takde, i mean depan tesco extra tu. nasi kerabu dah takde on my list. taufufaa azra soya yang ada van retro tu, is on top of my list and the best taufufaa evaaa. and taufufaa is definitely a YES. eh, gila ape puasa puasa ni cakap pasal makanan je memanjang.

oh tadi kan pergi class finance yang prof nordin ali tu ajar. before dia nak start ajar, i dengan ani and cik siti tgh bersembang. pastuu, ade ke dia kata
"haaaaaaaa, kanak kanak ribena tu , dah habis dah?"

dia panggil kiteorang kanak kanak ribena? i dengan ani sedih gila ohh.

pastu kiteorang macam " sampai hati dia cakap macam tu" . betapa sedihnya kiteorang.


so, tomorrow nak balik kampung. and naik bas sama sama dengan sham, az and izzah. i dah ajak cik siti and ani ikut i balik kampung but dieorang prefer duduk kat arau yang super fun ni. super fun lah sangat. habis je class, nak pergi kota kayangan terus, i mean kangar. oh mannn, dah lah kena bwk luggage pergi class. macam malu je. but , lebih baik angkut luggage sekali time pergi class kalau tak, nak kena patah balik kolej lagi gila penat. kena naik" tangga maut cengal" tu lagi. ishh, tak sanggup.

oh, dari dulu i panggil tu tangga maut sebab tangga tu fuhhh. kalau jatuh, sure gigi memang berterabur la. and i ni gila sikit, selalu je terbayang kalau "macam manelah kalau jatuh, ade ke lagi gigi rabbit i ni?" nauzubillah. memang taknak lah jatuh kat tangga tu.

i guess this is my last post. last post? oh, im away for 4 days.

gee, kalau balik rumah this weekend, jangan lupa update blog. and don't touch ridhwan pleasee. u pervert.puasalahhhh. "don't touch him, never touch him, won't touch him". eh budus gila yan nih. almaklumlah dah tak sabar nak bukak puasa.

and i know cik siti and ani akan gila rindu kat i. kan korang? haha

tata
to those yang baca blog i. :)

Wednesday, August 26, 2009

remember?

dear hafizah, kita tak boleh balik sebab mak kita kata dia dah bosan tgk muka kita and nanti menyemak je bila balik rumah. eh tak tak. itu fitnah. sebenarnya, ketandusan wang la. kalau balik, burn RM100. lagipun 17 hb dah nak balik. and kalau kita balik, nanti kak dona trump tu suruh kita jadi orang gaji dekat rumah. oh tak nak tak nak. so, kena balik kampung sebab dah lama tak balik. rindu pulak dekat kedai runcit tok wan yang boleh ambik barang for free tu. jadi cashier sementara sekejap.

oh i ingat lagi last sem kot. balik la kampung. and then jaga kedai tokwan ni. ada satu pakcik ni, order la macam 1 guni gula, 2 guni bawang besar and the list goes on and on. pastu dia order la 15 sardin jenama kingcup. i tak tau pun ada jenama sardin ni. pakcik ni dia cakap macam tak clear sangat.

"ha, sardin apa?"
pakcik tu kata sardin kingcup

i tanya lagi sekali

pastu dia jawabla
"sardinnnnnn kingggcup"

but still i tak dapat tangkap ape yang dia cakap. so, i malu nak tanya lagi sekali. karang dia kata i pekak pulak dah.

sebab ape yang i dengar dia cakap macam "SARDIN TINGKAP"
so. i pun assume la dia cakap sardin tingkap. and tulis dekat the lists.

pastuuuuuuuu, bila time paksu i nak kumpul barang barang yang pakcik ni nak, paksu i macam pelik.

"yannnnnnn, sardin tingkap?"
"haah, yan pun tak tau. pak cik tadi tu dia kata sardin tingkap"

"ishhhhhhhhhh, budak ni lah. sardin kingcup laaaaaaaaa"

conclusion dia, i memang ade hearing problem.

hari ni kan, i pergi lah bazaar. dah beli semua benda yang i idam idamkan, i pun ajak my rakan rakan nak balik. i pergi bazaar dengan izzah *jogging partner i tu, sham dengan az. ani and cik siti taknak pergi bazaar sebab dieorang nak pergi beli dekat dining je.

time nak balik tu

"ehhhh, jom balik"
sham kata "jaappppppp, jom duduk sat, az pening"

so, i dengan dua belah tangan yang penuh dengan makanan tu, pergi lah tempat duduk tu.

and datang datang je kan, tetibe je az macam nak terbalik. i macam tak boleh nak tolong sebab makanan penuh kat tangan. nasib baik ade izzah and sham yang tolong. kalau tak, sure az sudah terbalik kat lantai bazzar tu.

seriously, muka az pucak nak mati. sumpah tak tipu. bibir dia macam colourless. takutt ohh. and budak lelaki kat sebelah tu baik gila siap kasi space kat kiteorang and terlebih peramah lah pulak dieorang ni

"haaa, bukok lo pin tu" *dieorang cakap loghat kelate.
i pun macam tak paham sgt ape dieorang cakap but layan je lah. pastu budak budak ni siap suruh beli air untuk az kasi minum. heh. saje je nak batalkan puasa az.

and then, ade kakak yang baik hati tolong call ambulans. baik kan?
ambulans ni gila lembab dia datang. so, az yang dari pengsan tu, dah terjaga dah.

i tanya lah
" azzzzz, pening ke"

az jawab lah
"haahh, pening la bau badan orang orang kat bazaar ni.tengikkk. masam jugak"

eh gila penipu i ni. az kata dia sakit perut and pening pening sikit.

and then tetibe je i teringat time i part 3. i pernah pengsan kat padang kawat. gila malu ohhhh. bukan setakat malu, siap berparut kat muka. bibir pecah and tersagat kulit kat dagu. teruk jugak la. i still ade gambar time i cedera parah tu. dah lah time tu dah nak dekat raya. beraya dengan parut pulak tu. i siap send gambar dekat my family and my mum macam tak sanggup nak tengok. i ingat lagi dona kata i U-G-L-Y. HAHA. gila kejam dona.

oh. enough of remembering the old days. ambulan kan nak datang, i dengan sham pun berangan la nak naik ambulan. tak payah jalan kaki balik kolej yang gila jauh tu. dengan i yang penuh dua tangan dengan plastik plastik, i bayangkan
"wahhhhhhhh, naik ambulan, tak payah jalan kaki, pastu ade aircond pulak tu"

thennnnnnn, ambulan datang. i dengan sham macam lambat sikit sebab nak angkut barang barang yang banyak tu. so, az dengan izzah pergi dulu. but, sampai je depan pintu van ambulan tu

terima kasihhhhhhhhhh, kakak ambulan tu saje je gedik tutup pintu. and pakcik ambulan terus jalannnnnnn. cisssss. kiteorang dah depan pintu tu okayyyyy.kecewa gila. pakcik ambulan ni memang la, tunggulah kejap. 2 seconds je kot.

i dengan sham kena balik jalan kaki dengan barang yang gila banyak. sham kena angkut lagi banyak barang sebab makanan az dgn izzah ade dgn kiteorang. disebabkan tangan i memang dah muatan terlebih had, i can't help la. kesian dekat sham.

eh eh, dekya dah humming lagu raya ohhh. tengoklah kejap lagi, sure tukar ringtone lagu raya.
eh semangat semangat.

p/s : sheeeee, best gila korang nak bukak puase same same.

and goggle partner, have fun nanti balik rumah. *see, i ingat jugak kat u

Monday, August 24, 2009

kempunan

semalam kan i tanya lah kawan i si chea or cik siti tu.
"cheaaaaaaa, lagi berapa hari lagi nak raya"

the first time i tanya dia jawablah
"lagi 28 hari"

pastu i saje je nak tanya lagi sekali
"cheaaaa, lagi berapa hari nak raya"

this time, chea reply
"lagi 28 hari la"

and then i saje je macam nak kasi dia annoyed dengan i
"cheaaaaaa, lagi berapa hari nak raya?"

pastu, chea terus macam buat muka marah and 'lagiii 28 HARIIIIIIIIIIIII!ishhhh kau ni"

AND HARI NI, i pergi la bilik si chea ni and soalan pertama yang i tanya dia
"cheaaaaaaa, lagi berapa hari nak raya?"

dia geram gila dengan i terus tarik rambut i. cehhhhhhhhhh. garang betul si chea ni. tapi takpelah, tarik rambut gaya manja gitu.haha

nak tau tak. the first day puasa, i teringin nak makan nasi kerabu and then macam excited gila pergilah satu kedai ni
"nak nasi kerabu satu"

pastuuuuuuuuu, makcik tu kata "NASIIII HABIS" kempunan gila

the next day i tak pergi bazaar, so tak boleh beli.

so, today, i macam excited gila lepas kelas finance, nak pergi bazaar beli nasi kerabu. imah and seha, si bilik sebelah cik siti pun macam i, kempunan nak makan nasi kerabu.

sampai je bazaar kat tempat taxi tu, i terus cari makcik nasi kerabu
sampai je stall tu, i tengok, lauk dia macam banyak lagi, so macam ade chance la nak makan nasi kerabu today. i baru je nak order and then makcik tu tetibe kata " NASIIIIIIII HABISSSSSSSSSS"

okay, terima kasih makcik nasi kerabu. asal saya datang je nasi habis. dah tau budak uitm perlis ni makan banyak, kenapalah tak tanak nasi tu berperiuk periuk. hampa and kempunan gila. sedihh ohhh.

and tadi i pergi bilik imah and seha, betapa semangatnya dieorang
"haaaa, besok lepas ja class MGT tu, nak pergi bazaar, 4.30 terus pergi, biar jadi orang first"

seriously, dieorang sangat sangat semangat and i nak join dieoranglah tomorrow. harap dapat makan nasi kerabu besok.

and and patutnya plan nak balik rumah this weekend but macam dah selalu balik and duit pun dah kekurangan, so i pun decide yang nak balik kampung. and right now tengah fikir either nak naik bus or naik train?hmmmmm

haritu gee, my sister, dia brag about betapa bestnye berbuke puasa kat rumah. cisssssss. and baru je 3 hari puasa, i dah counting the days lagi berapa hari nak balik rumah. nak berbuke dengan familyyyyyy and tak sabar nak raya. haha. gila rakus.

p/s : donaaaa, tahun ni kena kasi duit raya. muahahahhaah. yan nak extra pleaseee. eh raya lambat lagi la.

Friday, August 21, 2009

makan dan tidur adalah no 1 priority

mari kita recap apa yang dah jadi. yesterday kan, class pukul 11 am but then i dah siap mandi, dah pakai seluar and then tetibe je ade orang tu jerit from floor bawah *mantap gila suara dia "wehhhhh, classsss cancel". i pun macam, cisss, lecturer knp gedik taknak bgtau awal awal. kan senangkan hidup i. boleh sambung tidur. i kalau kat perlis ni, no 1 priority adalah TIDUR. eh, ke makan no 1? okay, fine, tidur and makan adalah no 1 priority.

so, the next class pukul 2.30 and i tak tau angin ape yang datang, cik siti and ani dah siap pukul 2, pastu datang bilik i tak sah kalau tak ketuk pintu macam nak bagi roboh pintu bilik i yang mewah ni. i tak sempat pun nak betul betulkan tudung i ni.

i pun tanya lah ani "ehhh, tudung aku okay tak"
ingatkan dapat jwpan yang best.

"wehhhhhhhh, asal kau selekeh hari ni" hahahah. gila jujur dan ikhlas.
tapi, i pun rase i selekeh.

eleeeeeeehhhhhhhh, dahlah panggil i selekeh pastu dieorang cakap
"budak selekeh, nanti nak pinjam kertas fin kau"
"gadis cantik nak pinjam kertas budak selekeh"

hehhhh. dah lah panggil i selekeh, pastu buat statement berbulu telinga i ni.whatttt? gadis cantik.hahahah. and pastu nak tiru assgnment fin i. but even i selekeh, i tetap baik, siap kasi pinjam tanpa dikenakan charge.

oh lupaaa, time yang takde class tu kan, i dapat lah call dari one fellow ni. dia kata

"lyanaaaaaaaaaaaaaaa, next week cuti sekolahhhhhhhhhhhhh"


i macam, ha? i belajar kat U lah. bukan sekolah. orang tu, excited gila nak cuti sekolah and i jealous sebab tak boleh balik rumah, and nanti dieorang boleh berbuke same same.

ayat yang paling i ingat dia kata "......... terus call semua orang bila tau next week cuti sekolah" seee, semangat kan dia ni?hahahhahaha

nak tau tak siapa this fellow?haha. meh sini i bagi clue. dia cikgu practical and suka jalan like a cat.haha. what the?

and memandangkan besok kan puasa macam semua benda gedik nak craving

dekya kata "ehhhhhhhh, rase macam teringin nak makan snickers"

i pulak teringin makan apam balik special berharga 70 sen satu dekat pakcik pasar malam arau yang dari i part one i beli kat dia.tapi takpe, i dah kirim dekat ani yang suka pergi pasar malam tu. i pun suka pergi, tapi takde orang nak pergi dengan i. :(

btw, selamat berpuasa everybodayyyyyy and i sedih sebab ni dah masuk kali ketiga first day puasa bukan kat rumah. and i tak paham kenapa uitm gedik nk buat bazaar dekat tempat taxi tu. jauh tau tak?

Wednesday, August 19, 2009

is it true?

yesterday, tetibe je ramai dapat message yang final year students boleh terus sambung degree. *i merupakan final year student.yesss! part 5 pun dikira final year student kan? so, bila i dapat tau je pasal news ni, excitedddd sgt sgt sgt. daripada nak pergi mandi, terus tergendala sebab terover excited nak duduk depan laptop, pergi bukak web uitm and bersemangat nak apply for degree. my friends kata benda ni tak logic sebab kiteorang part 5, still ade 1 sem to go before boleh sambung degree. but, dekat student portal tu tulis, we can apply. i pun dah confuse sekarang, but, ape i kisah, i nak apply jugak sebab dah HEP yang bagi message tu. and i harap news ni adalah tepat dan jitu sebab i dah berangan nak buat degree kat shah alam.

wana *bilik depan i. dia kata "tu untuk budak part 6 je lah"

but, if benda tu untuk part 6 je, kenapa budak part 5 ramai je dapat message tu. cik siti dengan ani pun dapat message tu.

ani pulak kata "laaaaaaaa, dia bagi message tu secara random kot"

i pun tak tau lah news ni betul ke tak, sebab kat sini memang banyak khabar angin yang tak boleh pakai pun.

unfortunately, berita tu adalah palsu. and i guess i ada 1 more sem dekat perlis indera kayangan ni. ish ish. bosan bosan

btw, hari ini sumpah saya sangat malu masuk class HRM. thanks rakan rakan yang buat saya jadi pemalu and speechless, sampai nak pusing belakang pun maluuuu ohhhh.

and cik siti marah dekat i sebab

"liyanaaaaaaa, kalau washing machine tu bunyi tgh spin, message aku"
and i rase i tak sedar dia dah bunyi, end up tak text cik siti and dia terlepas turn untuk basuh baju sebab ade org lain dah standby kat situ.

ampunnnnnn.

and i don't know why, lately, i makan macam tak ingat dunia. :(

Tuesday, August 18, 2009

jealous, saya sangat jealous.

5 o'clock sharp, i dah standby depan my laptop usang ni sebab time ni wireless baru boleh guna. and i mmg excited nak tgk siapa yang update their blog. and TADAAAAA! SHE dah update. from excited tetibe je tukar jadi jealous. OH MY! she dapat tgk AAR LIVEEEEEEE, OKAY. jealous jealous. and i ingat lagi time i form 1 yang if AAR datang M'sia, i sure akan tgk dieorang perform LIVE. but my impian hancur, hancus, lebur and impian hanya tinggal impian. eh, kenapa tetibe tukar jadi dramatic ni?ish ish. and betapa setianya i, i still guna lagu my paper heart as my ringtone. takpe, now i nak tunggu RJA datang msia pulak. eh, ke dieorang dah pernah dtg?hmmm

enough of the jealousy thang. so, today, hujan lebat lebat lebat sgt sgt sgt. if takde QUIZ, memang kiteorang dah skip this class. but, too bad, kena jugak merajinkan diri untuk berjalan kaki time hujan lebat yang sepatutnya spend time berhibernate. and and ani berserta cik siti sgt sgt teruja if ade quiz. dieorang akan stay up bersama bergelas gelas nescafe and white coffee . betapa semangatnye dieorang ni.

eh. macam pervert pulak i ni. see, betapa lebatnya. pakai payung pun takde gunanya.


and dahlah i takde payung *payung i yang tertinggal dekat classroom tu, tak tau siapa yang dah amik. terpaksalah pergi ketuk pintu orang dengan muka tak malu "nak pinjam payung bolehhh?" or "ade extra payung tak?"


and i tau time hujan lebat sure siswa siswa excited. eh, kenapa i guna the word siswa?i mean the guys suka sebab, bila hujan hujan macam ni lah, girls yang pakai baju kurung akan angkat kain setinggi yang mungkin. betul tak? kan kan kan.

and time nilah ade free teh susu. macam rugi je tak bawak gelas, kalau tak sure boleh minum for free. kalau nak lebih masyuk, boleh buat teh tarik. what am i crapping?

tak payah cakaplah, kiteorang sampai je class, lencun habis. kesian dekat ani, assignment dia basah jugak. but lecturer baik je. dia cakap takpe, hantar je.

time balik dari class ani kata i OTAK KAMPUNG. cik siti kata i OTAK DESA. suke suki je dieorang ni. and time i tengah type this post, mira and zaihan kata

"yana ni asyik berblog je"
and sebenarnya dieorang jealous sebab i byk free time. siapa suruh dieorang amik computer science. ha, kan dah kena buat programming ape ntah. hantar resume lah.

Monday, August 17, 2009

cocoon in happiness

you guys should see this. i took this masterpiece from madonna's blog and i love it. this was written by my annoying little brother, harith. *madonna is my sister and my new "sugar mummy". sugar mummy? yeah! "please bank in more money for me, dona"

p/s : dona trump *new nickname for my sister deena. i am the greatest grabber.haha


and just now, DEKYA, my roomate said something that made me feel "cocoon in happiness". how dramatic is that?
i guess i am just happy to hear the words that came out from her mouth. what am i crapping. okay, seriously i need to stop crapping.
btw, thanks DEKYA. :) and now, i am smiling.haha

NOTE :need to hand in my assignment tomorrow. sila focus, LIYANA. please stop blogging and stalking ehem ehem.haha

fzah, kita pun stalker terhebat jugak.boleh buat group ni. :)

Sunday, August 16, 2009

trip trip, im trippin. what the?

few days earlier, i on the phone dengan my mum. and then, ckp dalam a few minutes, dia kata yang harith merindui i. and he is not that lazy bum anymore. macam tak percaya je. and i kata lah,
"maaaaaa, nak cakap dengan harith"

"harithhhh, mak kata u miss me, do you miss me?"

and then harith reply, "nahhhhhhh, its just RUMOURS"
cehhhhh, bajet dia tu artis ke ape. siap ade rumours tu.

and my sister, gee. dah tak homesick.cis. gila maju dari i. time i part 1 dulu, everyday i menangis, miserable gila. and my roomies selalu perli i

"eh, ingat tak yana dulu, kalau dia senyap je and tetibe baring kat katil, sure tengah nangis" malu i bila ingat time time dulu.

p/s : ah gee, sekarang yan tengah addicted dengan lagu the weepies yang nobody knows me at all tu.

so, my trip to kl was exciting and fun than the last semester. banyak drama jugak. and ada pemandu bus yang gatal. siap buat kenyit kenyit mata dekat my friend, ani tu. dah la pakcik tu gigi tak cukup.HAHA. eh, knp i evil sangat ni.

sepatutnya bertolak pukul 10 but biasalah, janji janji manis, and terpaksalah mengisi masa dengan bercamwhore.



meet my jogging partner.


i akan mati kebosanan dekat perlis if takde 2 makhluk yang tak matang ni. :)

so, bila bus dah sampai, kiteorang buat plan baik punya.si cik siti akan cop tempat and ani dgn i akan letak bag. barulah dapat tempat yang best. and of course i prefer the window seat berbanding aisle.

and bila dah dapat duduk, i bertambah excited sebab dapat roti free.haha. gila rakus kalau bab makan ni. and cotek, yang duduk sebelah i, dia kata i makan byk.

"liyana ni tak berhenti henti makan."haha. nak buat macam mane i mmg suka makan pun.



kan i dah kata i memang excited kalau dapat makanan free

budak lelaki sangat memahami kami yang sentiasa kelaparan ni. dieorang provide macam macam. kacang cap si cerdik pun ade.

dalam bus, i sempat snap byk gambar. and time i snap this one, i cakap kat dieorang yang gambar gambar ni i nak tunjuk kat my kids nanti. nanti? nanti tu bukan kejap lagi. i mean, in the future.

"ni lah kawan utara mama"haha. budus gila. dieorang gelak je bila i cakap macam tu.

so, the next day, we went to RAM, stands for Rating Agency Malaysia. time ceramah tu adelah a few yang tertidur. almaklumlah, dia punya aircond sangat mantap.



cube tengok muka cik siti tu. alaaa, yang baju purple tengah pegang cawan tu.

after pergi RAM, kiteorang gerak ke KLCC. sheeee, kiteorang lagi malu pakai baju kurung ramai ramai. and macam rombongan cik kiah tu je.

i makan lamb kebab. oh yummy and to kill the time kiteorang hangout dekat kinokuniya. seriously, macam rambang mata tengok semua buku buku tu.

macam malaslah pulak nak type. critical thinking tak siap lagi ni. MGT punya assignment pun tak start lagi. cik siti, ampun nanti i sambung naaaaa.

btw, google partner. susahlah criteria yang u nak tu. extraordinary sgt sgt. time consuming gila kalau nak cari yang macam tu.haha :) and bila nak tukar gmbr bnw tu?

and hafizah, kurangkanlah aktiviti stalking tu. haha :)

Wednesday, August 12, 2009

air gedegang yang mantap

today, kiteorang celebrate birthday imah. i envy gila siapa yang boleh celebrate bday dieorang dekat kolej. bukan mcm i ni, asal my bday je, time tu lah cuti yang panjang gila. so, tak pernah dapat celebrate bday dekat kolej. but the most memorable bday ever adalah after spm punya.time tu after paper bio. sgt sgt fun.sweet gila my friends. i am glad that i have them as my friends. wahhh, ayat puja memuja ni. sebenarnya i bukan nak cerita pasal betapa seronoknya bday i after spm tu. liyana, sila focus.

time kiteorang celebrate bday imah tu, cake and snakes, eh i mean snacks sudah tersedia but benda yang takde adalah air. oh my, nasib baik takde orang yang tercekik ke ape.so, after makan makan yang membuatkan perut i full gila, teringin air lah pulak.

"korang, jom pergi air gedegang"

*air gedegang tu yang dekat vending machine tu. tak tau kenapa dah terikut dieorang panggil air gedegang. maybe bila air tu jatuh, bunyi gedegang kot.rasenyelah.

so, kiteorang pun koreklah coins di bilik masing masing. i ade byk collection coins sebab i pergi curi coins harith and ewan *my brother. dieorang tak tau.shhh!secret tau. harith merupakan tauke syiling yang berjaya. kalau dia taulah i amik coins dia, sure kena kejar dgn kayu golf dia. ganas kan harith ni?

pergi kat tempat air gedegang tu, suey betul. machine tu time time kiteorang desperate nak airlah dia menggedik nak rosak. seha sampai dah tendang tendang machine tu but still tak berfungsi.

tetibe je cotek bersuara "wehhhh, korang.jom gi dahlia.kat sane pun ade"

dahlia ni kira kolej yang berjiran dgn kiteorang. nak kata jauh tu, tak sangat lah.

kiteorang berenam pun bergerak beramai ramai ke dahlia.

"wehhhh, takpe ke pakai mcm ni gi dahlia"

so, ade yang pakai shorts, seluar belang belang and even baju kelawar pun ade. *bday girl yang pakai baju kelawar tu sibuk on the phone sebab kan maxis ade yang call free tu. cey cey, on the phone dengan boyfriend lah tu.

on the way ke dahlia, tak sah kalau kiteorang tak buat bising.

" korannnnggg,kalau jumpe captain sobri mcm mane, dahla pakai mcm ni"

captain sobri ni kira mcm garang gila la. kira mcm kalau pergi dining pakai selipar. fuhhhh, mmg cari nahas la. or melanggar dress code uitm yang strict gila tu, mmg end up kena ceramah la.

seha siap buat dialog kalau terserempak dengan captain sobri ni

"haaaaaa, kamu.yang pakai shorts tu, siniiii. ha. besok jumpe saya kat bilik. tak payah pergi kl besok" ni kira konon konon captain sobri punye dialog la. si seha ni mmg suke cipta dialog tersendiri.

butttttt, kiteorang berjaya menelan air gedegang yang sungguh nikmat tanpa bertemu dgn captain sobri. eh.gila merepek cerita nih.

and hari ni jugak, i merajuk dengan cik siti sebab dia marah i tumpahkan ABC dekat bilik dia. dahla i kena pegi pinjam tisu kat bilik sebelah, sebab cik siti kedekut taknak beli tisu. cissss. eh tak tak, tisu dia selalu habis sebab asal i makan je kat bilik dia, sure ade benda yang tumpah.and semalam, i merajuk dengan ani pulak. sebab i ratah milo, dia nak sikit and then that milo tu hampir tercampak sebab kiteorang berebut. kesimpulannya, i mmg kuat merajuk and cik siti and ani mcm

"ishhhhhhhh, liyana ni sikit sikit nak merajuk"

my mum kan, kalau i merajuk je dia macam
"yannnn, cube kamu tgk muka kamu kat cermin tu" kira my mum nak cakap muka i huduh gila la kalau i merajuk tu. tak merajuk pun dah huduh.inikan pulak time tengah merajuk.

psstttttttt: korang, betul ke aku ni kuat merajuk.

btw, today, we are going on a trip. pergi RAM and one more place tak ingat, so, i guess im away for 3 days.

eh baru teringat. ehem ehem, yahie ada scandal. tahniah my friend.

i know korang akan miss bace my blog since i kan nak pergi trip. eh, macam ramai je bace my blog.padahal ade 10 followers je. maybe i have silent readers?haha. gila perasan. bye bye everybodayyyyy.

last word : sila rindu i.

Saturday, August 8, 2009

dirty little secret

dah lama tak crapping dgn my google partner. btw, where are you? i guess dia busy bergoogle-ing nak cari partner yang tak makan nasi tu.

and madonna, yan baru je bace your latest post yang busuk tu. elehhh,kata orang loser. mmg mau mati. tapi dona lagi loser la sebab hangout kat kopitiam tu sorang sorang sambil tgk hindustan.haha. yan dah bersemangat waja nak comment kat post dona tu, tp blog ni ape ntah gedik gila tak kasi nak comment. and euwwww, lecturer ape ntah tgk video sexay dekat utube. ish ish. kembalilah ke pangkal jalan wahai dona.haha

today, i sudah terover hibernate. dah boleh gang dgn my google partner tu. ish ish. semuanya sebab pagi tadi satu kolej ni kena pergi stadium. terpaksalah pergi sebab nak membuat sticker collection. ade ke patut dieorang suruh kumpul pukul 6.45 PAGI? gila ke ape. nasib baik kiteorng ni tak bersifat nerdy sgt nak pergi kumpul pukul 6.45 tu.

and mmg pengumuman dieorang ni tak boleh pakai pun sebab event tu start pukul 8. cube bayangkan kiteorng tunggu kat stadium tu pukul 6.45? ish tak relevant langsung. my friends semua mcm tak bersemangat langsung, sebab terpaksa korbankan pagi yang precious tu. dh la dieorang suruh menari ape ntah pagi pagi. menyepoilkan my saturday mood je.

semua sebenarnya tak bersemangat. tapi bila i kate "meh sini nak tangkap gambar" and tetibe je dieorang ni mcm teruja gila gila. cey cey, semua semangat pakai baju kolej. oh btw, i sorang je tak pakai baju kolej sebab makhluk mane ntah curi my baju kolej. ish tak matang betul, baju kolej pun nak ambik.


yang ni sumpah candid. dia langsung takde mood but bila tetibe je ade pengumuman "okay, anda boleh mengambil makanan anda di sebelah kiri sana" dia terus mcm "wehhhh, jom jom.cepatlah korang" tetibe je terus mood dia bertukar. betapa terujanya mendapat roti free dgn apple. tapi tak aci, budak lelaki dapat apple hijau.kiteorang dpt apple merah. alaaaaaaaaaa


yang ni tak payah ckplah, dia excited menari tarian yang direka cipta oleh diri sendiri.

my roomies pun bersemangat waja nak pergi stadium. tambah tambah yang baju biru tu, bangun pukul 5.30 pagi kot nak get ready. wahhhhhh.

nasib baiklah event tu habis pukul 9.30. sampai bilik je terus landing and akhirnya terover hibernate. oh btw, semenjak dua menjak ni, selalu susah nak tidur and time i tak boleh tidur tu lah si dekya gedik nak mengigau ape ntah. gila spooky ooo. yesterday kot, dia mengigau cakap dalam telephone. dahla time tu pukul 3 pagi. so, malam ni maybe i tak boleh tidur and harap haraplah dekya tak mengigau. fuuuuhhhh, serious takut kalau dia start ckp sorang sorang. dekya, ampunnn, kita dah reveal your "dirty little secret".

Thursday, August 6, 2009

i don't know

i am feeling ____________ hmmmm. what is the word that i should put in that blank? can't describe it, right now. the truth is, i am not in a good a mood but thanks to my sister's blog that made me tersengih sengih for a few minutes. at least that "beautiful piece of writing", cheered me up.

i went to class and somebody asked me

"wehhhh, asal muka kau mcm siput je hari ni"

but maybe tmrw will be a better day for me. i hope so.

ketakmatangan yang terserlah

YESTERDAY, sifat ketakmatangan i bersama sama rakan terserlah. instead of membazir masa kiteorang dgn mengumpat and bergossip, kiteorang decide untuk buat sukaneka bersama sama. the first game, kiteorang main baling baling selipar but my "utara friends" panggil game ni tuju selipar. rasenya, main tak lah seberapa mane pun, jerit je lebih. and suara pun mcm dah takde. and the best part, gang kami kalah teruk.pergghhh, penat gila buat aktiviti kejar mengejar.

the second game, we played yang musang kejar anak anak ayam tu. tak matang kan kiteorang?haha. but sgt sgt sgt seronok. and i lah yang kena makan dengan musang. ni semua salah mak ayam yang menetas tak beragak but tak reti jaga anak anak yang semuanya ada 9 orang. eh tak tak, mak ayam yang sgt berdedikasi menjaga anak anak. what am i crapping?

the last game kiteorang main,mcm game ice tu. ala, bila mcm orang kata stop, kite tak boleh gerak even sikit tu. you get it, wahai readers? yang ni tak payah ckplah, i org first yang kena kick out from that game. semua salah ani yang pergi cakap nama M** tu, siapa suruh. cisss. but 2 peserta terakhir sgt sgt power. buatlah mcm mane pun, dieorang still kental tak gelak langsung. tahniah cik siti and imah. korang sgt hebat!

even belambak gila assignment yang memerlukan extra perhatian untuk disiapkan, kiteorang still ade mase nak buat benda ni. finance dah la tak reti nak buat. time lecturer ajar mcm "ohhhh, laaaaaaaaaaaa mcm tu". bila dah sampai bilik, semua benda lupe and end up mcm stress seketika.

ha, bila dah stress, mulalah buat benda merepek. ehemmm, kiteorang siap hantar love letter lagi tu. seriously, takde kerja. but, i akan MATI if that guy bace. pergghhhh, sumpah lepas ni kalau gi class kena tunduk je. semua salah ani and cik siti.

kesimpulan : hari tak matang yang sgt seronok.and lecturer cancel class for tmrw. maknenye i ade extra time to spend my precious time bersama my jamie. *nama bed i adalah jamie. gedik kan?haha

i know i blog benda yang bosan, but korang kena jugak bace sebab penat i menaip.

bugging me : finance tak siap lagi, mgt pun tak cukup slide for powerpoint, powerpoint for critical thinking tak start lagi. ish ish dah critical ni. and sekarang sgt jealous dgn she and peah sebab dieorang tak pyh fikir pasal benda ni. and pzah and za tgh seronok bercuti mid sem. have fun korang and tunggu kita bila korang nak tgk final destination.hahahahaha

Tuesday, August 4, 2009

silalah excited bila class takde

on monday, back from holiday, kiteorang semua mcm semangat gila nak pergi class and last last tunggu lecturer punyalah lama *15 minit tu kira lama tau. guess what? tak payah guess lah. lembab lah kalau main teka teki ni. lecturer tak datang, satu class pun takde. si ani dok merungut tak habis habis " wehhhhhhh, penat je aku semangat pakai kebaya, satu class haprak pun takde"

si baju biru kebaya yang bersemangat waja

this is for you,wahai sham, nah amik ni. nak sgt baca blog aku. si sham ni kalau jumpa i "liyanaaaaaaaaaa, update blog tau" or "wehhhhhhh, cuti seminggu tu, 2 cerita je hang update." ni lagi sorang yang gila bace blog.haha.

sambil menunggu lec yang tak datang datang tu, my classmate pun buat announcement yang "WE ARE GOING ON A TRIP TO KL" yeahhhh! haha. im not that excited nak pergi RAM, BURSA SAHAM or mane mane bank yang ade kat kl tu. yang paling best, time dalam bus ramai ramai kot. sebab, sumpah budak lelaki kelas kiteorang kalau dah buat lawak bangang dieorang tu, tak berhenti nak gelak. tak sah kalau gelak tanpa mengeluarkan air mata.

and i tak tau kenapa dgn dia ni, asal jumpe i je dok nyanyi lagi bulan ape ntah. favourite word dia ni adalah "jene"

ehem ehem, shammm, knp hang tak nak pergi trip? cey cey. aku dah tau dah your secret.haha

lepas tu, adi buat pengumuman pulak yang nanti kiteorang ada hari sukan bersama budak budak part 1. yessssss! yang ni part paling i excited gila nak mati. tak tau kenapa perlu excited. tapi mcm best je boleh merapat rapatkan diri dgn junior junior yang cute cute *i mean i nak merapatkan diri dgn junior lelaki. eh tak tak, joking je.

and today, class semua mcm habis extra extra awal. part ni tak payah ckp la, sentiase excited. and ade ke cik siti ni kata "ishhhh, naik lemakla lecturer ni, habis awal pulak dah". elehhhh, padahal tak dgr pun ape lecturer tu ckp kat depan, dok bersembang dgn si ani tu pasal bulan puase pulak dah. "ehhhh, bulan puase ni jom kita beli kordial, pastu beli ais je, buat air sendiri je."gila semangat nak berpuase. but, yessssssssss! time bulan puase boleh beli kuih tepung pelita. okay, mouth watering sudah.

and pelanggan dekya yang "kakak, nak sticker agm" still byk je dtg bilik. nasib baik dieorg bersopan santun ketika meminta sticker. so dimaafkanlah even dieorg dtg time time i tgh sedap membuta sebab takde class petang. terpakse layan sebab ketukan dekat pintu tu makin lama makin kuat.

and and wan yang baik hati nak bwk kiteorang gi penang. yesssss! wan, sila tunaikan janji janji manismu itu.

eh, i dah jauh merapu ni. sepatutnya i pergi jogging not blogging. but i choose to blog sebab si sham yang excited gila nk mati nak bace blog ni.haha.

oh lupa, my sister gee, tiba tibe je hantar message dekat i. "hello yan, yr little sister, gee misses you.ok bye ". sweet kan,even message tu short.akhirnya dia admit yang dia rindu i. i miss you too ah gee, my only little sis.haha



ha, yan siap buat ni jadi wallpaper phone. sweet kan yan?haha

p/s : kenapa sekarang perlis sgt sgt sgt panas? ke saya yang banyak dosa?ishh.

Monday, August 3, 2009

batu belah batu bertangkup, please take me.

my sister dona sudah buat janji janji manis nak bawak i makan dekat carl's jr. sebenarnya, i yang paksa dia belanja sebab i dah nak balik perlis and lepas ni kena jumpa time raya je. so, there were 3 of us yang mengikuti rombongan cik dona ke carl's jr. so, kiteorang decided pergi sunway pyramid and i tak pernah tahu pun ade carl's jr kat situ. gila kuno kan?haha. i tahu pun sebab she yang bgtau.


this is my sister dona yang suka belanja i. baik kan dia? eleh dona, tgh senyumlah tu baca benda ni.

harith sebenarnya tak nak ikut tapi kena paksa.

eh, kenapa macam muka harith tetibe baik ni. oh my! this is not the real harith. something fishy is going on here.

haaaaa! ni barulah the real harith yang selalu gaduh dengan i and selalu panggil i fatty.


and i pun excited gila nak mati sebab akhirnya dapat jugak nak makan burger carl's jr for the first time.but but but my mum is NOT IN THE MOOD of eating burger. alaaaaaaaaaaaaaaaaaa. kesimpulannya i kempunan nak makan burger tu. sedih kan? dah lama mengidam tapi tak dpt. seriously, kena pergi batu belah batu bertangkup nih.

maaaaa, yan nak pergi batu belah batu bertangkup


so, kiteorang makan dekat tempat lain. tak kisah sangat la sebab dona yang nak belanja *padahal dalam hati sedih sebab tak dapat makan burger carl's jr. :(



waktu nak tunggu makanan sampai, si harith ni suka sangat bagi soalan soalan bangang yang wajib jawab.

soalannya berbunyi begini

"yan, what will you do if the waiter ask you out?" i ingat dia tanya kalau waiter tu halau i. biasalah hearing problem. dia ni byk sgt soalan bangang sampai mcm tak larat nak jawab.

si kedekut yang tak kasi i rase chocolate shake dia. pastu dok tayang kat i

"yannnnnnnnnnnnn, sedappppppppp. rugi tak rasa". elehhhhhhh, padahal kedekut.




it was a fun day and rugi ah gee tak ikut. oh, gee tak ikut sebab dia nak spend time dgn her boyfie yang dah nak berangkat ke perak.

p/s : donaaaaaaaaa, lain kali jom pergi carl's jr.pleaseeeeeeeeeeeeeee. :)

Saturday, August 1, 2009

what are you looking for, salted fish!

cuti h1n1 menjadikan i seorang FULL-TIMER-POTATO-COUCH yang berdedikasi. seriously, like 24 hours depan tv bak kata my mum "kamu ni yan asyik terkedang je depan tv tu". My everyday routine with my sister, ah gee adalah standby depan tv pukul 11am nak tgk jon and kate plus 8. wajib tgk sebab WE ADORE ALEXIS so much and everytime tgk dia je mcm "ahhhhh, cutenya".

she is soooooo adorable. gee pulak suka colin ni sebab dia mcm buncit yang comel.

everyday mcm spend time duduk rumah je. pastu kak min

"korang ni jomlah ikut kak min main badminton, duduk rumah lame lame boleh lemau". eh mcm biskut pulak boleh lemau lemau. and kak min ni sudah terjebak dgn harith main king fighter kat xbox. at least harith ade gang.if you read this kak min, tahniah kerana berjaya sekepala dgn harith.

pastu, bila dah lame sgt tgk tv sampai boleh end up tgk satu iklan astro yang seriously boleh terhafal. even dona pun hafal gak.

"eh dona, tau tak satu iklan makcik ni"

"ha?iklan ape"

"alaaaaaa,iklan makcik kat pasar tu yang astro tu"

betapa kiteorang terlalu adore iklan tu sampai boleh tersebut sama sama

"yang, WHAT ARE YOU LOOKING FOR? SALTED FISH!"

best kan iklan tu.haha. seriously brain tak function dah duduk lama sgt depan tv.

conclusion : dona, sila tunaikan janji manismu nak bwk yan pergi makan dekat carls jr. and conclusion yang takde kena mengena dgn story.