dear hafizah, kita tak boleh balik sebab mak kita kata dia dah bosan tgk muka kita and nanti menyemak je bila balik rumah. eh tak tak. itu fitnah. sebenarnya, ketandusan wang la. kalau balik, burn RM100. lagipun 17 hb dah nak balik. and kalau kita balik, nanti kak dona trump tu suruh kita jadi orang gaji dekat rumah. oh tak nak tak nak. so, kena balik kampung sebab dah lama tak balik. rindu pulak dekat kedai runcit tok wan yang boleh ambik barang for free tu. jadi cashier sementara sekejap.
oh i ingat lagi last sem kot. balik la kampung. and then jaga kedai tokwan ni. ada satu pakcik ni, order la macam 1 guni gula, 2 guni bawang besar and the list goes on and on. pastu dia order la 15 sardin jenama kingcup. i tak tau pun ada jenama sardin ni. pakcik ni dia cakap macam tak clear sangat.
"ha, sardin apa?"
pakcik tu kata sardin kingcup
i tanya lagi sekali
pastu dia jawabla
"sardinnnnnn kingggcup"
but still i tak dapat tangkap ape yang dia cakap. so, i malu nak tanya lagi sekali. karang dia kata i pekak pulak dah.
sebab ape yang i dengar dia cakap macam "SARDIN TINGKAP"
so. i pun assume la dia cakap sardin tingkap. and tulis dekat the lists.
pastuuuuuuuu, bila time paksu i nak kumpul barang barang yang pakcik ni nak, paksu i macam pelik.
"yannnnnnn, sardin tingkap?"
"haah, yan pun tak tau. pak cik tadi tu dia kata sardin tingkap"
"ishhhhhhhhhh, budak ni lah. sardin kingcup laaaaaaaaa"
conclusion dia, i memang ade hearing problem.
hari ni kan, i pergi lah bazaar. dah beli semua benda yang i idam idamkan, i pun ajak my rakan rakan nak balik. i pergi bazaar dengan izzah *jogging partner i tu, sham dengan az. ani and cik siti taknak pergi bazaar sebab dieorang nak pergi beli dekat dining je.
time nak balik tu
"ehhhh, jom balik"
sham kata "jaappppppp, jom duduk sat, az pening"
so, i dengan dua belah tangan yang penuh dengan makanan tu, pergi lah tempat duduk tu.
and datang datang je kan, tetibe je az macam nak terbalik. i macam tak boleh nak tolong sebab makanan penuh kat tangan. nasib baik ade izzah and sham yang tolong. kalau tak, sure az sudah terbalik kat lantai bazzar tu.
seriously, muka az pucak nak mati. sumpah tak tipu. bibir dia macam colourless. takutt ohh. and budak lelaki kat sebelah tu baik gila siap kasi space kat kiteorang and terlebih peramah lah pulak dieorang ni
"haaa, bukok lo pin tu" *dieorang cakap loghat kelate.
i pun macam tak paham sgt ape dieorang cakap but layan je lah. pastu budak budak ni siap suruh beli air untuk az kasi minum. heh. saje je nak batalkan puasa az.
and then, ade kakak yang baik hati tolong call ambulans. baik kan?
ambulans ni gila lembab dia datang. so, az yang dari pengsan tu, dah terjaga dah.
i tanya lah
" azzzzz, pening ke"
az jawab lah
"haahh, pening la bau badan orang orang kat bazaar ni.tengikkk. masam jugak"
eh gila penipu i ni. az kata dia sakit perut and pening pening sikit.
and then tetibe je i teringat time i part 3. i pernah pengsan kat padang kawat. gila malu ohhhh. bukan setakat malu, siap berparut kat muka. bibir pecah and tersagat kulit kat dagu. teruk jugak la. i still ade gambar time i cedera parah tu. dah lah time tu dah nak dekat raya. beraya dengan parut pulak tu. i siap send gambar dekat my family and my mum macam tak sanggup nak tengok. i ingat lagi dona kata i U-G-L-Y. HAHA. gila kejam dona.
oh. enough of remembering the old days. ambulan kan nak datang, i dengan sham pun berangan la nak naik ambulan. tak payah jalan kaki balik kolej yang gila jauh tu. dengan i yang penuh dua tangan dengan plastik plastik, i bayangkan
"wahhhhhhhh, naik ambulan, tak payah jalan kaki, pastu ade aircond pulak tu"
thennnnnnn, ambulan datang. i dengan sham macam lambat sikit sebab nak angkut barang barang yang banyak tu. so, az dengan izzah pergi dulu. but, sampai je depan pintu van ambulan tu
terima kasihhhhhhhhhh, kakak ambulan tu saje je gedik tutup pintu. and pakcik ambulan terus jalannnnnnn. cisssss. kiteorang dah depan pintu tu okayyyyy.kecewa gila. pakcik ambulan ni memang la, tunggulah kejap. 2 seconds je kot.
i dengan sham kena balik jalan kaki dengan barang yang gila banyak. sham kena angkut lagi banyak barang sebab makanan az dgn izzah ade dgn kiteorang. disebabkan tangan i memang dah muatan terlebih had, i can't help la. kesian dekat sham.
eh eh, dekya dah humming lagu raya ohhh. tengoklah kejap lagi, sure tukar ringtone lagu raya.
eh semangat semangat.
p/s : sheeeee, best gila korang nak bukak puase same same.
and goggle partner, have fun nanti balik rumah. *see, i ingat jugak kat u
haha pucak pun boleee.
ReplyDeletepucak satu bungkus pls.
hahahaa. pucak bungkus ikat tepi satuuuu.
ReplyDeleteheh. typing error la. she sorang je yang perasan. but malaslah nak edit.