Wednesday, May 19, 2010

Anak emas ni nak kena belasah.

Harith is freaaaking annoying. Semalam, bergaduh dengan Harith and of course lah dia akan menang sebab my mum pun ade. Tak payah cakaplah confirm ayat fav my mum "Yaaaan, kamu tu dah besar, adik kamu tu kecik lagi" kecik pekebendenye. heh, I kalau emosi mmg macam ni. -_-

Kerana Garena lah kami bergaduh. I hate you, Garena. Sebab Garena lah, sampai hati Harith kicked my ass. homaigoodness, sakit tau tak. I end up crying. And disebabkan Garena jugaklah, my mum amukan puaka pastu terus amik laptop and dia simpan. Thank you very much, Garena and Harith.

Bila I tak tau nak buat ape ape tanpa laptop, I pun pergilah main piano. Annnnnd time tu lah Gee nak datang and sambil pegang buku kata "yaaan, gee nak belajar, dah stop main piano". haish. Kenapalah dia nak kena ade short course time time cuti ni. And baru second day of class, dia dah ade quiz. Mmg terbaek.

ohh, lepas tu,i terjumpa laptop yang my mum sorok, but TAKDE BROADBAND. terima kasih, kalau ade laptop je pun buat ape kalau tak boleh online. Rupe rupenye si anak emas *harith tu yang sorok. dengki kaaaaaan? -___-

So, kenalah naik balik atas and tgk jelah tv. And time tengah sedap and nikmatnya tengok tv, time tu jugak lah my mum nak keluar dari bilik and suruh buat itu buat ini. Disebabkan merajuk, so bila dia ckp dengan I , I diam je lah. Pastu dia laaaaaaaaaagi lah marah. Malas nak cakap sebab nanti bila cakap pun kena bebel, baik diam je.

Pagi tadi, I dah jumpe kat mane si anak emas tu sorok broadband. Annnd I nak buat evil plan, bila dia balik sekolah nanti, i nak sorok broadband tu tempat lain, or I duduk dalam bilik senyap senyap sambil online and biar Harith menggelabah nak cari mane bband yang dia sorok tu. hehe, evil plan is coming right up.

Best betul Gee and Dona. Dieorang jarang gaduh dgn Harith sebab Gee dia mcm malas nak layan and kalau Dona dia mcm garang sikit, so Harith pun takut. Dengan I, dia siap boleh kick my ass. -_____-" nak je tendang balik, tapi ade my mum pulak daaaah. ish, bahaya bahaya, sebab nanti I yang kena balik.

Pastu bila dah bosan tengok tv, I pun masuk bilik. Tengok Gee on the phone, gelak sebab dia semangat sangat bercerita dengan Sofia. I pun dengar sekali lah.

Tak tau dah nak buat ape, I pergi tutup lampu and zzzzzzzzzzzzzzzz. Mmg the best day ever and I love my holiday -___-

Wednesday, May 12, 2010

Kalau tak logout .

Yesterday, I baring sambil dengar lagu. My sister, rageehanie tu tgh online. I pun cakaplah

"geeee, yan rindu gila dekat aircond"

Andddd, budak ni gila ke ape dia terus nyanyi

"I wanna make love right na na naaaaaaa"

I pun mcm blur, pastu cakap " Gee ni kenapeee?"

Anddddd dia ckp" laaaah kate yan rindu AKON"

MMG sah dia ni tak betul, org cakap rindu aircond, dia ingat AKON. erk, maybe tak betul sebab banyak sgt baca buku kot. -___-



Sekarang tengah mode "attack of the facebook"

So, sesiapa yang tak logout dieorang punya account fb mmg mencari nahas. Haritu, the first victim was my sister, Rageehanie tu. Dia tak logout and ehem ehem, I pergi tukar status dia jadi "kenapa saya boros?"

Annnd dia balas dendam dekat I tulis "kenapa saya gemuk?" and "Adik saya cute". Mmg tak aahh, I nak tulis status I mcm tu. Gelimat betul -__-

Lepas tuu, the next victim was my other sister Madonna. Dia tak logout. I dengan gee mcm "ehh,jom tukar status deena naaak?"

peluang keemasan sebegini tak patut dibiarkan berlalu. muahahahaha.First nak letak, "kenapa saya gedeboit?" buttt, takut nanti student dia pergi comment pulak dah.

Anddddddd, kiteorg pun letaklah "kenapa saya katik?"

errrk, rupe rupenye TU BUKAN ACCOUNT MY SISTER. hahahaha, Kesian Adam *our cousin. Bila si Dona tu on fb dia, dia pelik kenapa Adam wrote on her wall mcm tu. hehehehe, pastu kiteorang ceritalaaah. Takpe,next time kena make sure account fb yang betul. There will be next timeeeeeeeeeee. Muahahahaha

heheheh, sorry adaaaaaaaam.

And sekarang Rageehanie dah jadi paranoid. Everytime I online lepas dia, dia mcm "ehh, tengok page gee kejap" takut sangat I nak pergi tukar status dia. hehehehe

Friday, May 7, 2010

The best part of me is you :D

Lately, emosi selalu tak stabil. Emotional betul.


1. Family tak jadi amik I this week, tetibe je I boleh ter emosi lebih sampai before tido pun boleh termenangis. Mmg cengeng. haha. Yesterday, before buat clearance bilik, lepas tu nak kutip barang barang semua, siap boleh termenangis, bukan sebab sedih nak tinggalkan arau ke ape, sebab family tak jadi amik, itupun boleh menangis. Pelik betul. Harith lah ni gedik nak ade exam next week, sampai tergendala dieorang nak amik I. So, kenalah duduk dekat kampung selama 1 week. Eh tapi ade lagi satu option iaitu naik bas from penang. Tomorrow, just kena berharap yang tiket still available, so hari Isnin boleh balik rumaaaaah. hoyeaaah. :D

2. Emosi jugak sebab my earphone yang baru beli dah tak nak berfungsi. Dah lah tak boleh hidup tanpa lagu. ye Rageehanieee, earphone yang kita beli sama sama tu, yang mak emosi dengan yan sebab degil nak beli earphone even lagi half an hour yan nak naik bas nak balik Perlis tu.

Hari ni dah ramai my classmates nak balik rumah. Cik Siti balik pagi tadi. Lepas tu, time nak cakap bye bye, peluk peluk, DIA MENANGIS. Tak sangka dia boleh menangis. Arnie pun balik today. So,I boleh lepaking dgn roommate I je. Cakap pasal roomate,

Dila, roommate I, dia ade this weird conversation dgn her boyfriend. Pasal TELETUBBIES pulak tu. And then, dia mcm terlupa nama teletubbies ni, sampai sanggup pergi bilik depan I, si wana ni nak tanya. Wana pun mcm terlupa and dia sanggup call boyfriend dia nak tanya jugak. Yang paling hebaaaat, boyfriend dia siap hafal semua nama lepas tu siap nyanyi lagu Teletubbies. haha, mmg comel.

Few days earlier, bilik kiteorang dapat surat layang. Org tu tulis "Tolong senyap sedikit!!!" Lepas tu selit bawah pintu bilik kiteorang. Sumpah takut. Before tu, mmg agak bising lah. I baru balik from bilik study, konon konon penat belajar, so nak baringlah. Time tu Dila pun nak tido, so, I pun pergilah tutup langsir. Bagi romantic sikit bilik. Tetibe je Cik Siti datang bilik. Dia kata "ape gelap gelap ni". Dia tanpa segan silu pergi gedik bukak langsir pulak dah.

I kata tak payah lah. I pun tutup balik. Lepas tu dia pergi bukak balik. Tutup bukak tutup bukak, lepas tu I mcm bising and I konon konon nak halau dia. Tarik dia suruh balik bilik. ERK, biasalah suara mmg tak boleh nak control. lepas tu, si Dila pulak pergi jerit jerit sebab dia nak tukar seluar and boleh pulak I dengan Cik Siti just pandang dia nak salin seluar. HAHAHAHAHAHA. Lepaaaas tu, tetibe je DAPAT SURAT LAYANG yang suruh kiteorang diam.

Mmg terus diam laaaaaaah, lepas tu dok fikir siapa yang berani hantar kat kiteorg. Tuduh org ni tuduh org tu taaaaapi rupe rupenye ini angkara si WANA budak bilik depan I. And dia buat mcm tu just nak kenakan kiteorg. siap komplot dgn roomate dia pulak tuuu. Tertipu kiteorg. And time kiteorg tanya wana ke yang hantar surat layang, dia boleh pulak kata dia tengah sembahyang time tu. -___-"



Nilah surat layang yang kiteorang dapat tu. Nice one, wanaaaaa. cis.

Sebab dia nilah bilik kami dapat surat layang. haha

Maybe akan rindu life dekat college sebab best jugak. Tengok movie sama sama and lately, kiteorang banyak tengok cerita hantu siam. And I kena marah sebab kalau hantu keluar, dieorang bukan terkejut dgn hantu tu, terkejut dgn jeritan I je. -___-"

Petang ni last nak pergi Pasar Malam. Si Dila excited nak pergi sampai nak beli laksam sampai 2 bungkus. Maybe lepas ni nak sambung degree dekat tempat lain, so I maybe akan rindu ni.

Arnie kalau stress, ayat favourite yang dia selalu sebut, confirm " ehhh, banyak lagi tak baca ni" pastu sambil buat muka stress dia. I yang jadi stress even tak stress time tu. :|



kalau dah stress, sampai kena study bawah meja. :D


Nilah rupa meja kiteorang dekat bilik study, padahal 2 org je. Stok air mineral yang paling penting, yang buat I nak pergi toilet sampai 5 , 6 kali. :D



keluar dengan roomates plus Arnieee. :D

Cik Siti takde sebab dia balik. So, tak cukup ahli. :(

Nilah Radekya si rakus. I order kuey teow, dia pun sibuk nak tiru I.

Nilah roommate baru for this semester. I mean yang duduk sebelah kanan. Boyfriend dia sangat sweet. hehe :D

banyak lagilah benda yang akan rindu. Tak sangka 3 tahun dekat Arau dah expired. Tak sabar nak balik rumaaaaaaaaaaaaaaaah :D


Sunday, May 2, 2010

Hari hari bilik study :|

Sekarang ni rutin every single day sama je.Bangun pagi, pergi bilik study, makan makan, tidur , bangun, bilik study. heh, padahal bukannya belajar beria pun. Rutin harian I, 8.30 bangun, mandi terus pergi bilik study dengan si Arnie. Kadang kadang je si Cik Siti join.

Konon konon je sampai awal dekat bilik study tu. Taaaapi, 30 minit pertama kena minum nescafe dulu.Konon konon tak nak kasi mengantuk lah. Masa belajar pun dah berkurang sebab, tu belum campur sesi bergosip dengan si Arnie yang kadang kadang bersembang yang lebih dari baca buku. Tu belum campur lagi sesi pergi meja orang, pergi pinjam newspaper lepas tu dok baca paper yang lebih.

Mmg kurang focus laaah. Tapi bilik study mmg best. Kalau dah boring sangat baca buku, boleh tengok org webcam, lepas tu senyum sorg sorg. Bila orang tu webcam je,automatic kiteorg dua confirm nak pandang. Tu belum tgk lagi org meja belakang kiteorang, bwk makanan dekat bilik study mcm nak pergi picnic. Gila tergoda dgn makanan dieorang. Dekat meja kiteorg hanya mampu ade biskut tiger or kalau up sikit adelah biskut empat segi. eh, up kee?

Yang paling tak tahan, dieorang siap bawak sate. SATE TAU TAAAK? serious, mcm nak picnic.Yesterday dieorang siap potong mangga dekat bilik study. Kiteorang kalau dah nampak dieorang bukak stock makanan dieorang, serious terganggu terus nak belajar.

Lepas tuu, kalau konon konon semangat belaja tu dah datang, nanti kata

"eh, hari ni jom kita stay up, hari ni balik lambat sikit, kita balik pukul 12.30"

haha, 12.30 lah sgt. by the time 11.30, i dah pandang muka arnie, dia pandang muka I, lepas tu mcm boleh baca fikiran masing masing. Terus boleh kata "jom balik sekarang naaak?"

Kadang kadang bila dah balik bilik, Dekya* roomate I, kata "fuiyooo,hebatlah liyana study dari pagi tu"

HAHA, padahal dia tak tau pun ape yang i dok buat kat bilik study tu.

Disebabkan sekarang ni zaman zaman stress, so jerawat pun suka cakap hello. Andddd, I teringat Gee kata minumlah air masak.

ERK, I mmg pemalas nak minum air masak sebab nanti nak kena pergi toilet banyak kali sangat. So, sekarang terpaksalah jugak paksa diri minum air masak. Tak payah cakap lah, toilet tu mmg dah jadi teman sejati sekarang. Kalau dekat bilik study tu, confirm 5, 6 kali kena pergi toilet. Dahlah jaaaaaaaauh. Si Arnie pun join sekali minum air masak konon konon nak 8 gelas sehari nak kasi muka licin. Dah 3 hari berturut turut dia minum, lepas tu ckp dekat I

"ehh, kenapa muka ni tak licin licin pun?" -_____-' mmg tak munasabah betul soalan dia ni. dah lah baru minum 3 hari jeeeeee.