Friday, October 23, 2009

happy ending

Macam tak percaya je classes for this semester dah habis. Orang lain busy buat presentation dekat depan, kiteorang busy bersnapping pulak. And woohoooo! Dah tak payah pergi class dah. Disebabkan our group kena present chapter 12, lama sangat tunggu, so boleh ter end up berphotoshoot.



wajib buat muka paling excited.


semua pun rakus nak pastikan muka tak termiss dalam gambar. dah macam sardin dah.


ohoh. sila lihat muka bengis cik siti kat belakang. macam tu lah muka dia bila dia pukul i. pukulan dia sgt kuat, okay.


ini, namanya muka terseksa bila ditolak tolak oleh cik siti. lepas tu, ani cakap "wehhh, korang ni beratlahhh"


haaaa, akhirnya. i dapat jugak menempek paling banyak dekat gambar ni. tactic yang bagus untuk pastikan muka tak tertinggal dalam gambar. woohooo. -_-





ha, time ni lah lecturer panggil nama kiteorang sebab its our turn untuk buat presentation. mulalah gedik nak kelam kabut gi depan.



okay, dah habis present, mari kita sambung. and suara si ani ni taknak kalah. bising gila. *padahal tak sedar diri, diri sendiri pun gelak over jugak. at least gelak tak sehebat ani tu. i dengan cik siti macam "shush shush, diam sikitlah"





amboi amboi ani, sedap je landing atas paha i na. taulah empuk. haha. and cik siti yang akan pastikan muka dia tak tertinggal. excited excited. * posing si ani ni dah boleh masuk majalah MANGGA dah. muahhahaha



cik siti ni mmg tak reti berphotoshoot ah. hoi ho ya hoi, tudungku nak tertanggal dah oii.


tengoklah cik siti tu, habis kiteorang dah nak kena hempap dengan dia. betapa rakusnya dia ni.

ini namanya "pose chipmunk" . we nailed it. tahniah. okay, dah. bye bye.

our last day of class yang sangat sangat fun. banyak gelak and nasib baiklah kegiatan kiteorang ni tak dihidu oleh lecturer. marilah study untuk final. :)

Thursday, October 22, 2009

TEST 2 dah habis

okay, today tak ada class langsung. best betul and si cik siti ni sibuk ajak beronline. and ntah ape ape, dah lah online sebelah sebelah pastu kiteorang gedik nak berym and cik siti ni nak call dekat ym. dahlah duduk dekat, pastu nak call. pastu gelak bila dengar suara sendiri. sah, takde kerja.

oh lupa, yesterday rakan mengumpat i si IMAH tu, dia bising bising cakap "wehhhhh, cardigan aku hilang weehhhh" and terkezut i dengar bila dia menyumpah seranah siapa yang curi tu. hahaha. and and dieorang dah kenal pasti satu suspect ni. kesian gila that girl tak pasal pasal di tuduh menjadi suspect utama.

oh, yesterday jugak the last test 2 of this semester. woohooo. dahlah objective and true or false. so, bila nak hentam tu, mulalah mengarut. kan ade jawapan ABCD, pastu bila tak tau, dok kira " ya allah ya tuhanku, berilah aku jawapan yang betul"

muka yang excited nak jawab test. padahal baca buku pun tak habis. konon konon lepak bilik cik siti nak berdiscussion, tapi end up bergossip selama 2 jam. and roommate si ani tu siap cakap " suara cik sitilah paling kuat, siap boleh dengar dari bilik CL0015 sampai bilik CL 0002. ish ish. kan i dah kata suara cik siti memang lantang ohhh.



semua macam excited nak jawab test.

oh time kiteorang tengah busy "konon konon buat discussion tu" roommate si cik siti tu nama dia yati., pergi mandi. and time dia tengah gosok gigi, tetibe ada orang lelaki mana ntah depan pintu. dia panic gila. bila dia sampai bilik, kiteorang ingat dia dah siap mandi. rupe rupenye YATI TAK MANDI, LEPAS TU PERGI CLASS. so, satu hari dia tak mandi, lepas tu pukul 3.30 terus sembur perfume and pergi class. and of course lah bila jumpa je yati, terus cakap

"eeeeeeee, budak tak mandi pergi class"

acting is fun

5% of our carry marks, kiteorang kena berlakon. so, our title adalah "boycott". mula mula i rasa macam "ishhh, gila malas nak buat semua benda ni." but but tak sangka it turned out menjadi sangat sangat fun. kteorang siap rehearse for this thing sebab taknak memalukan diri sendiri in front of the class. dahlah combine class dengan investment students, lagilah malu.



time ni tengah tunggu turn nak pergi depan and memalukan diri sendiri. seriously, nervous gila.

bersemangat gila group ni. *group imah and the gang. suara dieorang gila lantang ohh. tak payah pakai microphone pun.

and tak sangkalah dieorang ni berbakat jugak dalam acting.





all i can say is that, i enjoy gila time rehearsal and time tengok dieorang ni belakon. i narrator je. they did a great job. teamwork yang best. :)

team ni tak habis habis dengan "devil manager, devil manager"

group sarah and the gang pun semangat. i gelak gila time tengok dieorang. tambah tambah time sarah jadi pemberita.


ni time happy gila sebab lecturer cancel class. so, boleh balik and sambung tidur. :)

Monday, October 19, 2009

pine for higher ceiling

relievedddddd. dah settle test 2 untuk financial analysis. and time buat test tadi, i tengok cik siti tu gila bersemangat waja jawab soalan soalan tu. asal i toleh je dekat dia, tekun gila dia tengok soalan and pastu tekan calculator.*tau kan kalau orang yang excited tekan calculator bunyi dia macam mane* so, i tunggu lah dia siap baru boleh keluar sama sama and dia dok sibuk padam. ape ntah dekat kertas dia. ntah ape ape cik siti jawab test guna pencil.

so, bila "times up everybodayyyy" cik siti pun sibuk sibuk kemas barang. and i tunggu dia. berdiri kat celah mane ntah. pastu, betapa semangatnya dia ni nak balik. jap jap. part ni sumpah i akan ingat sampai bila bila. ade ke dia tersangkut wayar kipas pastu macam dah nak tergolek jatuh. i tengok dia dengan pandangan yang pelik. dah lah wayar tu mmg terang , jelas dan nyata kat situ. boleh dia tak nampak. kipas tu pun hampir hampir tergolek disebabkan kerakusan cik siti.

but, kalau dia jatuh. i rasa i gelak dulu kot baru tolong dia. ish ish. cik siti ni memang rakus. disebabkan the guys nampak dia hampir tergolek, cik siti terus cabut sebab malu ohhh. cik siti memang pelik.

bila kejadian tergolek and jatuh je, i selalu teringat dekat za. tambah tambah time dia terjelepuk nak keluar dari kereta. boleh gang dengan cik siti ni.

just now,

madonna *my sister called
but harith yang gedik tu yang cakap dulu

"yannnn, do you know that harith dah ade FACEBOOK?" *harith gedik punya dialog

i macam

haaaaa? gila gedik

" harith add the whole family but harith tak add dik yan"

i macam. cisssss. gila pilih kasih

so, my sister dona kata harith hari ni super duper excited sebab dia dah ada FACEBOOK.
. KETERUJAAN harith ni lain sikit. dia macam tak senang duduk la. kira macam tetibe timbul perangai dia yang pelik.

"harith dah add abah, gee, kak deena, abg ewan. oh.kak min pun harith add."

see, nampak tak betapa terujanya dia. but dia tak add i. HARITH PILIH KASIH, BERAT SEBELAH.


this wednesday ada test lagi. but hari ni nak berfoya foya dulu. woohoooo

btw, betul ke PAU tu boleh mengembangkan pipi? musykil ni.

and and sekarang i tgh teruja sebab my roomate dekya, kasi i maggi tomyammm. woohooo.

psssttt : madonna, mak kata haritu ada 2 singa bergaduh ohhh. lawak gila. mak excited gila cerita dekat yan. :)

Sunday, October 18, 2009

Happy 18th Birthday, NURAZIHANIE

dear NURAZIHANIE ,






HAPPY 18th BIRTHDAY, my so not little sister. nahhh. kak yan. eh, lawak gila kalau gee panggil yan kakak. euwwwww. i mean yan post blog ni khas untuk gee. baik kan yan? i know i am the best sister lahhh. madonna jatuh no 2 sebab dia garang sikit. hahahahaha. mak kalau macam today gee dah 18, sure macam tepuk tepuk kat belakang , lepas tu cakap
"dahhhh besar dah gee ni"
kira macam tak percaya lah gee dah 18.

and yan tau gee dah tak sabar sabar and rakus nak pergi semua shopping mall yang berdekatan sebab nak pergi survey present bila start cuti UiTM. for your birthday, yan dah sediakan hadiah dah.

the present is : gee boleh online sampai lebam bila yan dekat perlis. ish ish. baik gila lah yan ni.


oh. wait. ada another present. nahhh. menyemak je gambar ni dekat laptop yan.



cey cey. "gee is coming down from the roof top". ehem ehem. yan taulah gee peminat fanatic RAINNNNN. hahahha. tetibe teringat gaya deena menari lagu ni. lawak gilaaaa. oh, yan ada banyak lagi gambar geli gee but kira yan baik sikit lah pilih yang ni. ada satu gambar tu, kalau yan upload, sure gee macam

" yannnnnnnn, cepat delete. cepat delete. kalau takkk......."

anyway, HAPPY 18th BIRTHDAYYYYYYYYY, NURAZIHANIE.

okay, gtg. belajar pun tak habis lagi. besok dah lah ada test. oh oh. GOOD LUCK FOR your FINAL EXAM.

psssttt : yang part yan, gee and tia tu, lets keep it as a dirty little secret. HAHAHAHAHAH. bahaya ohhhh.

Monday, October 12, 2009

jom tindas dekya.

yessss. dah legaaaa tinggal 2 assignment je tergendala. yang lain dah settle. and dah tak sabar nak jawab final. okay, memang taklah.i langsung tak prepare for final. yang ingat cuma nak balik and bersuka ria je. heh. before, my final exam punya jadual sepatutnya habis 5hb. but then, tetibe i nak pergi class tadi, cik siti and ani bagitau i berita best. mmg best. the last paper dah tukar jadi 8 hb. but but happy jugaklah sebab gap dia macam byk jugak. so, i am happy.

ehem ehem. padan muka dekya and mira. dieorang habis 15hb. PETANGGGG PULAK TUUU. and ade ke mira kata dekat i.

"yanaaaa, awk duduklah sini sampai 15hb"

i macam terkesima sekejap. haha. terkesima lah sgt.

gila ape nak spend time lama lama kat sini. mira oklah, at least boleh belajar. i duduk kat sini, nak buat ape? sure makan tido makan makan makan makan tido. tak mandi pastu pergi makan. pastu tido balik.

but ni last sem i beroomate dgn mira. next sem dia nak pergi practical dekat JAIM. im gonna miss her. mira dah excited gila nak pergi practical sampai dia ckp

"kitaa dapat 10 hinggit sehari pergi practicalllll"

yelah mira. pergilah pergi pergi. nak sgt pergi practical. hahahahha. bunyi mcm emosi pulak.

BERITA PENTING :my new roomate for next sem might be cik siti. CIK SITI OKAYYY. dia mmg terkenal dgn suara dia yang lantang and peramah kat kolej ni. dgn presiden kolej yang menginap di bilik sebelah i pun dia boleh bermesra ohhh. siap dapat discount kalau dia pergi coop. see, betapa peramahnya dia ni.

i dengan cik siti dah berkomplot nak menindas dekyaaa. so, dekya. habislah awk. but dekya, jgn risau. tak confirm lagi roomate baru kita si cik siti tu. but kalau dah confirm, habislahhhh. *ini adalah peringatan. and and mira dah takde nak selamatkan awk.muahahahhahahah *gelak penuh keevilan.

ohhh. lupa. tadi birthday girl call i. bersemangat betul dia bagitau i

" celcommmmm dapat free call and sms 7 hariiiiiii"

betapa dia semangat dapat free sampai on the phone 24 hours. tido pun still otp. wah wah. jatuh market kalau dia dengar she terbe-dengkur. haha

once again. HAPPY BIRTHDAYYYYYYYY SHEEE AHHH. i know you love me. haha

dear she, happy 20th birthday.

dear she, i made this post especially for you. baik tak baik tak? i just wanna wish you happy 20th birthdayyyyy. congratulation. you are now officially 20. dah masuk angka 2 kat depan tu, kat belakang dah jadi an an an. dah boleh join hafizah, peah and zaa. but, liyana still muda lagi, okay. hahahahaha.

oh. i'm sorry sebab i won't be there to celebrate your birthday. and i know kalau liyana takde sure she rase kurang meriah time celebrate your birthday. haha. i wonder. apakah your wishes bila dah masuk 20 ni?

for your birthday, liyana semangat nak upload the pictures yang we've been snapping together. even phone liyana gila, but liyana still tabah dan sanggup bersabar even rase macam nak baling je phone ni sebab menggedik. so, here it goes.


remember this one? kita hangout dekat mcd dgn peah sekali. time tu baru je start semester break.







and this one. kita bersemangat nak jumpa hafizah and za kat pyramid and tunggu dieorang gila lama. haha








yang ni, kita hangout dekat taipan after bbq. yang before tu she and peah gelak kat liyana *ehem. pasal lampu kereta tuhhh. ingat tak ingat tak?

happy gila muka she time ni. and i hope that you are happy celebrating your 20th birthdayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. happy 20th birthday, sheeeeeeee.


Thursday, October 8, 2009

not good

hari ni sangat sangat menyesal sebab tak baca soalan test tu betul betul. heh, penat je dok highlight konon konon "this part sangat sangat penting" . yang penting, test 2 fin i sure teruk.terima kasihlahhh. so, sekarang tgh menyesal menyesal and menyesal and menyesal.

i peliklah dgn lecturer, knp bila nak dekat final baru nak kasi assignment yang berlonggok longgok. kenapalah tak kasi awl awl. eh, tapi kalau kasi awl pun, macamlah i nak buat awl awl. the point is, kenapa perlu tensionkan kami yang dah sedia tension dgn test and quiz yang belambak tu. lecturer human resource i lagi pelik, siap suruh berlakon lagi tu. kiteorg punya group tajuk dia boycott, pastu dia kata "okay, u guys boleh buat sepanduk or bla bla bla bla". pelik pelik. tak boleh ke kasi asignment yang biasa biasa je? yang penting i nak jadi narrator je. i fail bab belakon nih. cik siti boleh lah, dia mmg hebat bab bab acting ni.

i rasa rambut i dah nak mengalami keguguran tahap melampau sebab ketensionan. next week sure paling hectic, tension or maybe i akan jadi separa gila. mungkin i kena mintak dkt ani "koyok". dia supplier koyok yang terbesar pernah i jumpa.

report untuk fin and critical thinking tak start lagi. ish. macam mana nih. risau risau. okay, i nak pergi tampal koyok sekarang. heh.

Friday, October 2, 2009

kenapa hari ni sangat bosan?

finally, my kemalasan day dah arrives. heh. padahal everyday pun pemalas. today, dah pergi singgah bilik bilik yang best untuk buat rakan mengumpat. first bilik yang i terjah today, bilik ani, pastu wajib ajak ani pergi lepak bilik si cik siti, lepas tu bwk rombongan pergi lepak bilik imah and seha. and gila rajin dieorang ni siap nak pergi dengar ceramah pasal pertanian dekat p.i. disebabkan tak boleh nak gosipping dengan mereka, kiteorang decide pergi bilik izzah *jogging partner i. izzah pulak semangat kemas kemas bilik macam nak buat clearance time habis final. disebabkan takde hot story yang boleh di share, kiteorang decide patah balik bilik cik siti.

duduk duduk. pastu i tengok muka ani, ani tengok muka i. i tengok muka dia lagi, pastu dia toleh and tgk muka i lagi. i tengok muka cik siti. tapi cik siti tak tgk muka i pun sebab dia sibuk ber ym kot.

"wehhhh, asal bosan sangat hari ni"

"jomlahh, pergi tengok nur kasih"

cik siti pulak sambung

"alaaaa, aku dah tgk banyak ep lah dekat internet tu"

ehem ehem, betapa semangatnya cik siti ni nak tgk cerita nur kasih, siap jadi ahli my tv3. ish ish. memang semangat.

"jomlahhhh balik bilik"

so, here i am. blogging about betapa bosannya malam ni. sebenarnya i dah promise dgn myself yang i taknak berblog sebab byk sgt assgnment, test and quizzes yang lecturer gedik nak buat last last minute.

and tetibe je i dapat text dari hafizah. bukan hafizah yang best friend i tu. ni my classmate. dia memang semangat
"liyana, dah buat tak fin yang oct 08?"

today, mood untuk study memang takde langsung. bila fiza text i, i macam

"alamakkk, dia dah nak buat, kena buat jugak ni"

ehhh, memang taklah i tetibe jadi semangat macam ni. i mmg last minute punya orang. bila lecturer kata

"okay, kita discuss assignment besok"

malam tu baru i gedik nak buat.

disebabkan i bosan, i nak sambung bercerita.

dekya kat sebelah ni tengah bukak plastic tomyam dia. fuhh, memang tempting gila. dia offer, tapi i buat buat taknak , padahal i nak. eh tak tak, i memang dah kenyang, sebab tu i reject. walaupun tomyam tu kira dalam list, my fav food. betapa cintanya i akan tomyam, sampai my mum pernah gelar i tomyan.

macam ni lah rupa tomyam dekya. *padahal semangat pergi google gambar tomyam.

cik siti ni pulak dok call i

"sayanggg, kat bilik u ade makanan ape? i rase nak mengunyah lahh" *dia memang suka panggil i sayang. gedik kan? i know u love me lah cik siti.

so, i pun sebutlah makanan yang berada di bilik i. dah sebut semua, pastu dia cakap

" semua makanan yang ko sebut tak menarik langsung"

cehhh, demand tinggi pulak dah.

kenapa hari ni hari yang bosan. mungkinkah ini tanda tanda yang i patut merajinkan diri untuk bukak buku or siapkan assignment finance tu? or maybe ini tanda tanda kecil yang menyatakan bahawa i patut online berjam jam. but, tak tau kenapa wireless sekarang tersgt sgt slow. maybe sebab dah nak dekat final kot, dioerang nak suruh belajar.

btw, sheeee yang akan pergi tgk AAR LIVEEEE, kali ke berapa ntah, selamat mengenjoykan diri. and what? Justin nak datang? sila bwk liyana, okay?

ang rakan rakan MMU i iaitu fzah and za, dieorang tgh struggle nak jawab final exam. good luck, okay. peah pulak tengah bersenang lenang dekat rumah sebab practical dia sudah tamat tempoh. best best best best, sangat best.

and me? tak sedar sedar lagi. final dah dekat. pastu i toleh ke kanan, ternampak lembaga berwarna hijau tengah study. i mean, dekya pakai baju warna hijau yang tengah tekun study. kat atas meja dia ada air sarsi, rase macam nak mintak tapi mcm malu. nampak tak, betapa bosannya today, sampai i boleh blog benda benda yang membosankan? ish ish.

and i bukak myspace and nampak azihanie tengah online. ish ish, rupanya dia pun sama dengan i, pemalas nak study. memang adik beradik sejati lahhh.

i wonder.ape yang i patut buat lepas ni?

ehhh, cik siti dah sampai bilik i. bising betul dia ni. dok cakap "liyanaaaaa, mana makanan kau?"
pastu amik chipsmore i. makan dengan penuh rakus.

okaylahh, bye bye.